Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

"Ai Seh Men..."

Category: , By ladyLC
“Pertama kalinya, sebuah pesawat pejuang milik TUDM menerobos ruang udara KL dengan bunyi yang bisa mengegarkan jantung.Kali keduanya, sebuah lagi pesawat pejuang milik TUDM menerobos ruang udara KL dengan bunyi yang juga bisa mengegarkan jantung.”

Aku menekup telinga...sambil pejam mata...bayangkan sedikit rasanya bila jadi negara bergolak dalam kancah peperangan. Mungkin inilah alunan musik mereka. Bunyi dentuman bom itulah agaknya bunyi drum kan? Suara mengerang kesakitan dan tangisan itulah lontaran vokalnya. Liriknya pula berkisar keperitan dan kesengsaraan perang. Tajuknya pula 'Hadiah dari Peperangan'.

Perghh…scary tue! Itu yang aku respect penduduk yang masih terus teguh berdiri mempertaruhkan kehidupan mereka. Berani melintasi benteng-beteng pertahanan yang rapuh.

Sungguh! Aku bersyukur...lahir dan hidup di negara ini. Jauh dari perang walau ada sengketa. Sungguh! Aku bersyukur...aku bisa lagi menaip dan menekan keyboard untuk menulis. Sungguh! Aku bersyukur...aku masih lagi boleh menghirup udara berkepul-kepul (biarpun dipenuhi Karbon Monoksida) dari menghidup hanyir korban manusia.

*(yang di atas itu adalah sekadar imaginasi sahaja)

"Aisehmen..."(sambil aku buat muka cuak dan mata terkebil-kebil)

Baru ingat yang 31 Ogos; iaitu Hari Kebangsaan @ Merdeka dah nak dekat...patutlah banyak bunyi, dan patutlah lagu 'Standing in The Eyes of The World' berkumandang sejak awal pagi tadi. Dan patutlah ada banyak warga Malaysia (dengan uniform pelbagai warna) berkumpul kat area jalan depan Masjid Negara. OOoo... patutlah....

Kenapa aku baru teringat ah? Ooo…rupanya Hari Merdeka tahun ni tak semeriah tahun2 lepas. Preparation pun ala kadar sahaja.

Kenapa ek? Ooo…baru terfikir beberapa sebabnya. 1) Ada Hari Mengundi kat Permatang Pauh; 2) Harga Minyak baru jer turun; 3) Budget 2009 nak di umumkan 29 Ogos (hari nie); 4) Bulan Ramadhan 1429H tak berapa lama lagi; 5) Mega Sales, 1 September ni last; dan 6) Bizzi yang amat melampau.

Tahun ni tak patriotik lah jawabnya. Ish…mana boleh. Mesti kena jadi patriotik jugak! Okelah…cadangan untuk diri sendiri sempena Merdeka nie…duduk kat rumah, layan citer tv sambil tunggu jam mencecah pukul 12.00 tengah malam. Pas tu pegi tido. Esok paginya…bangun awal…tengok kat TV orang berarak kat Dataran Merdeka sampai habis…pas tu sambung tengok citer kat TV lagi. Huh…patriotiknya aku.
 

Qunut Witir

Category: By ladyLC
Ya Allah, berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau.
 

Gadis Gelandangan®: v.1

Category: By ladyLC
Bunyi nyaring ‘kreekkk’ pintu papan berlubang dan jabuk[1] mematikan tarikan nafasnya. Gadis gelandangan itu, keluar perlahan dari bangunan usang terbina di Lorong Goodwill, terperosok di celahan berpuluh bangunan separuh abad lainnya. Dia ingin segera keluar dari Lorong Goodwill, bahkan ia tidak mahu sesiapa pun sedar akan pemergiannya. Bunyi gonggongan anjing kurap membingitkan telinga, malah burung gagak hitam jelek[2] pun ikut sama bersahut-sahut, gadis itu perlu cepat… matahari sudah mencerah.

Padanya, subuh itu, sama seperti subuh sebelumnya tidak lebih dan tidak kurang. Dia berjalan pantas sambil memeluk tubuh, menahan dingin pagi. Pakaiannya lusuh, selusuh seluar jeans menyalut tubuh. Kasutnya pula, sudah robek[3] dan bongkas[4] dari tapak. Ah…Aura dingin kalau tidak masuk melalui baju kain kapas itu tetap juga menerjah dari jari jemarinya.

Tepat jam 4.53 minit dia sudah berdiri depan pintu belakang kedai kopi di Jalan Carpenter, tangannya diangkat malas untuk menarik tombol. ‘Sejuknya…’ Ayat itu terpacul dari bibir mungil sebaik sahaja tangannya menyentuh tombol besi berkarat. Di dapur, kelihatan Nyonya Annisa sedang sibuk mengelap pinggan mangkuk, sampai berdecit bunyinya. Pak Adam pula, sudah siap mengatur gelas bersih menanti saatnya takat didih 100⁰C terhasil. Pandangan si gadis beralih ke sudut biasa, di situ sudah menanti periuk, kuali, senduk, garpu, pinggan, mangkuk dan segala macam alat kotor minta di basuh. Dia mencicit[5] segera memulai tugas.

Sejuk air tidak lagi dihirau, malah dia asyik komited menyiapkan kerja. Tengahari sekitar jam 11 pagi, Nyonya Annisa menyuruhnya bersarapan. Roti bakar dua keping dan kopi hitam pekat segelas. Siap sarapan, dia bermula semula. Sedang waktu menginjak[6] 3 petang dia sekali lagi menghadap rezeki, nasi berlauk ikan asam pedas. Dia mengeluarkan kompek[7] mengisi sebahagian besar rezekinya dan meninggalkan sedikit untuk dimamahnya. Pukul 5 baru dia melangkah keluar pintu belakang itu, menuju estet En. Harris pemilik hasienda[8] buah-buahan terbesar di Kota Mahogany. Dia mengambil upah sebagai pemetik buah Mangga sampailah ke pukul 7 petang. Pendapatannya cuma sekitar 8 dolar sahaja sehari. Sebelum balik ke Lorong Goodwill, dia akan singgah ke kedai runcit Nyonya Fiona membeli roti yang tidak laku dan sudah luput tarikh gunanya. Harganya murah, jatuh hampir 80 peratus dan rotinya masih elok, tambahan pula ia bakal dijamu malam itu juga. Dia menjinjing roti yang dibeli, berjalan ke Lorong Goodwill sepantas yang boleh. Fikirnya...adik-adik tentu lapar, sisa makanan semalam pasti tidak cukup untuk mengenyangkan perut mereka seharian.
______
[1] Buruk/Reput akibat dimakan anai-anai, di tumbuhi kulat atau terkena air dalam jangkamasa yang lama)
[2] Tidak cantik/Hodoh
[3] Koyak/Carik
[4] Koyak/Rosak pada bahagian bawah tempat bercantum (dengan teruk)
[5] Berlari dengan tergesa-gesa/To squeak (seperti ‘Tikus mencicit’)
[6] Memasuki/Melewati
[7] Beg Plastik (dipinjam dari perkataan Inggeris Compact Bag)
[8] Estet/Ladang/Hacienda
 

Oh Tidakkk.............!

Category: , By ladyLC
Ada berita yang mengusarkan aku terima pagi tadi. Selalunya aku memang akan gusar bila perihal kerja aku dibangkitkan oleh pihak pengurusan. Tapi kali ini lain macam sahaja bunyinya. Kedengaran jelas dan meluas bicaranya. Macam menyuruh aku pergi dengan cara terhormat.

Sebetulnya…(Aku nak cakap begini depan muka kau…)

Aku tidak ingin berada disini lagi, jika bukan kerna keperluan. Aku tidak mahu berada disini lagi, jika bukan kerna perlu meneruskan kehidupan. Aku sebenarnya ingin segera berlari tanpa mahu menoleh kebelakang lagi, tidak mahu tahu sama ada kau mampu berdiri ataupun tidak. Aku sesungguhnya tidak mahu walau meninggalkan seberkas jejak aku di sini. Aku mahu terpantas mengejar pelangi dan menyergah awan. Membelai angin…

Ucapan kepada En. BOS®,

“Wei sengal, kau ni kan, buat aku rasa menyampah…cam sampah yang DBKL angkut tu! Ngek!!! (sebenarnya line nie je, yang aku nak cakap kat depan muka dia!!! HUHU!)
 

10 Terpopular: ASIA

Category: , , By ladyLC
Sebelum meneruskan pembebelan mengenai entri ini, nak bagitau yang puasa qada’ ramadhan tahun lepas telah selamat aku ganti sepenuhnya tanpa gagal (yahuhuuu….ehem…Alhamdulillah…syukur kehadrat Illahi, sempat jugak aku selesaikan).Cuma seperti biasalah…bulan Syaaban baru bertungkus-lumus nak membayar. Huhu! (Azam aku tahun nie, nak qada’ awal sedikit. Insyallah!). Awal September 2008 ni, kita akan berpuasa ramadhan lagi. Persiapan ramadhan langsung tak ada….bahan-bahan pun tak beli lagi. At least…tepung, gula, cordial (teringat kat…iklan SilkyGirlTM Amani + Mawi), makanan dalam tin, telur, meehoon, antara bahan keperluan yang mesti ada.

Oke lah, sempena nak masuk bulan ramadhan yang beberapa hari saja lagi (hari ini bersamaan 24 syaaban 1429H), Aku nak senaraikan 10 makanan paling glamer dekat Asia yang boleh difikir-fikirkan sebagai juadah untuk berbuka bulan puasa nanti, dan boleh jugak dipanaskan semula sebagai pembuka selera masa bersahur.

10. Fish Ball @ Bebola Ikan/Daging/Ketam (Kalau anda memerlukan makanan yang mengenyangkan yet simple, inilah pilihan yang tepat sekali)

9. Laksa (Ada bermacam-macam jenis Laksa. Dekat Malaysia sahaja ada berpuluh jenis, mengikut penyesuaian negeri masing-masing. Laksa Kari, Laksa Katong, Laksa Sarawak, Laksa Johor..dsb)

8. Hainanese Chicken Rice @ Nasi Ayam Hainan (Hainan ada Nasi Ayam ker? Neway…Nasi ayam memang sedap. Cili giling + Halia giling tu yang best)

7. Spring Rolls (Ada banyak versi. Ikut selera tukang masak dan tekak orang yang makan, yang paling simple…guna kulit popiah, beansprout, daun kucai, garam, perasa, cili sikit, ayam dipotong dadu kecil, minyak)

6. Dim Sum (Memang sedap. Pelbagai bentuk dan Perasa. Nyum, nyum)

5. Fried Rice @ Nasi Goreng (nie lagi satu yang direncahkan dengan macam-macam nama dan jenis. Boleh didapati almost everywhere/everypath in Malaysia)

4. Tom Yam (Bagi peminat makanan pedas. Ini merupakan antara makanan paling pedas yang tercipta diAsia. Sedap, em…memang sedap. Kalau nak cuba yang paling ‘kick’ cuba yang betul-betul ‘Made in Thailand’ punya. Sure….berasap telinga. Bagi aku…yang biasa-biasa cukup sudah!)

3. Chicken Curry @ Kari (Kari….lagi. Mana-mana tempat pun boleh dapat kari punya perisa….ayam, ikan, daging, sayur…semuanya masak dengan kari. Lagi satu, Nasi Kandar – itu kari jugak makan…uwaaaa)

2. Sushi (yang nie agak suam-panas kat Malaysia, tapi banyak peminatnya diseluruh Asia….kalau nak yang best, pegi lah restoran makanan jepun, mesti ada jual sushi)

And the most popular food in Asia….goes to….

1. Satay @ Sate (Ini memang mengejutkan….tapi tidak dinafikan sate sangatlah sedap…tambahan lagi bila cecah kuah kacang…perghhh….kaw-kaw punya sedap) Tapi yang nie payah sket kalau nak buat sendiri kat rumah untuk berbuka…satu cara yang paling senang…beli ajelah yang dah siap…pegi beli kat Hj Samuri Satay Kajang.
fakta ditemukan dari www.nomad4ever.com

(Tapi sebenarnya, Telur Goreng pun sedap….Ikan Masin, Telur Masin, Sambal Belacan….bla...bla...emmmm…..)
 

OpisMate® aku yang kaki Buli

Category: By ladyLC
Pembuli!!!

Itu perkataan yang selalu aku sebut kat Opismate® aku yang seorang ini. 1st time jumpa memang tak nampak macam pembuli tapi bila dah masuk kerja sebulan, sangat lah terserlah karisma kaki buli dalam perwatakan harian beliau. Teringat masa dia hantar resume...kebetulan aku yang tukang buka pintu opis so, aku lah orang yang bertanggungjawab mengambik resume beliau. Nampak cam poyo jek...(psstt....seb baik dia tak taw!). Pas tu dalam beberapa bulan (2 bulan kot), sehari sebelum interview...aku dok bizzi membuat panggilan kat henpon dia suruh datang pegi interview haram tak menjawab panggilan aku. So, aku pun fed up. Lantak ngko lah...kalau tak dapat pegi interview lagi baik, dengan rasa sukacitanya aku akan tersenyum puas.

Tapi rugi tol lah budak H**a nie, dapat jugak dia membalas panggilan aku. Waktu tu dah jam 9 lebih pagi interview tu. Orang lain suma dah datang interview. Aku bagi hint (secara berhemahlah) tak pe lah kalau tak dapat datang. It's oke. Tapi dia nak jugak datang. Ok lah... Aku tak pakse. Aku tak boleh nak buat apa lah kan?....Bukan apa…aku kesian kerana aku tahu dia bakal menjadi mangsa sebab bakal bos dia nie cam haram!!! (Kalau boleh aku senaraikan semua perkataan yang mencarut kat dalam dunia nie….maka, itu lah kesimpulan kepada perwatakan bakal bos dia tu!)

Mungkin ada rezeki dan selebihnya jodoh opis nie dengan dia. Diterimalah dia bekerja di sini. Tarikh masuk kerja 5 Mei 2008....dan bermulalah episod suka, duka, pembulian, pencarutan, dan pengumpatan beliau. Maka korum perbincangan cawangan aku ni bertambah2 lengkap dan menarik lah. Tiap ari ada jer aktiviti yang boleh dilakukan. Contohnya: belajar perkataan mencarut alaf baru dan belajar menjadi Michelle (melodi). Mulut memang kepoh seh. Tak hengat dan tak da insurans tol. Huahua....

Dan mungkin jugak rezeki dan selebihnya jodoh dia dengan UP* lebih melimpah ruah, dia dapat job kat sana. So, hari ini 21hb Ogos 2008, bersamaan 20hb Syaaban 1429 merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di sini. OOppss...tapi bukan hari terakhir dia menjadi teman sepengumpatan aku. Rasanya dia akan terus kekal menjadi teman mengupat itu. Huahuaaa.....

Walau pun sedih (sedih ker?)...sebab segala kerja-kerja dia akan menjadi tanggungan aku....tapi aku gembira atas perlantikan beliau itu. At least, boleh melepaskan diri dari 2 orang bos yang sengal cam nak mampus. Mampus pun tak sengal dan bod*h cam tu sekali!!! Neway....cik Siti Nur&$H*Da, selamat berjaya kat tempat baru... dan jangan lupa arrr...cam biasa....kita stil bole mengumpat sama ada berbayar (SMS, Phone - guna line prepaid sendiri) dan tidak berbayar (telefon - guna line opis @ main YM yang jugak opis memasing yang akan bayar bil nya).
Tapi aku nak bagitaw kat sini...walaupun dia nie, merupakan Queen of Pembuli, dia merupakan kaki buli yang paling best aku pernah kenal. Paling cool dan paling celupar gak...dan paling garang (takutnyeee.....haha)
Bye...bye...GooD LuCk!!!
Ikhlas...dari aku
Chief paling Kecoh®
 

Apa aku nak buat?

Category: By ladyLC
Tarikh hari ini ialah 20hb Ogos 2008 bersamaan dengan 19hb Syaaban 1429H
(Tulisan ini sekadar bertujuan untuk mengurangkan rasa mengantuk yang teramat-amat!)
  1. Hari ini perkara pertama yang dilakukan ialah mengesurf internet dan check e-mails. Kejap tadi dah siap mendownload dokumen dari laman http://www.scribd.com (Strategic Management note). Nak taw, sebenarnya ada banyak dokumen/nota/presentation dalam laman ini, kebanyakannya boleh didapati secara percuma. Hehe! Itu yang best tue!
  2. Jam 8.30 pagi sampailah 4.30 petang ada kursus lah pulak! Huh boring sungguh. (Emph...kalau tak pegi oke ker?)
  3. Masalah yang perlu diselesaikan hari ini jugak ialah mengisi borang jawatan kosong (ada dua tempat) dan siapkan resume (mungkin dalam minggu depan, siap kot).
  4. Ooppsss...jangan kau lupa untuk membayar pinjaman dan bil-bil (termasuk sewa ruma) kalau tak nanti keluar pla notis dan dihalau dari ruma yang tak nak seberapa tinggi tu.
"Dengarlah matahariku, Suara tangisan ku, Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku, Ucapkan matahariku, Puisi tentang hidupku, Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu"~Agnes Monica~
 

OpisMate® aku yang Sengal

Category: By ladyLC
Hisy...Aku ingat dalam dunia yang semakin maju dan moden nie, dah takde lagi orang yang b*****g bila buat kerja, sebab suma dah ada Degree/Diploma/Sijil. Tapi sangkaan aku meleset 137%. Aku heran tul. Buat kerja yang cam makan kacang jer mudahnya pun aku yang kena bagi tau apa nak buat. Apa dia ingat aku nie pembantu peribadi dia ka? Apa dia ingat aku ni pencacai dia kah? Ker dia ingat dia tu boss aku. Semua benda nak tanya...kalau satu kali tak pe...boleh di anggap sebagai tak tahu, budak baru belajar. Tapi ni dah masuk lima, enam ratus kali. Tak ke menyakitkan hati tu?!! Dahlah kerja dia semua aku yang kena tanggung, dan malang bagi aku... bos dia suruh aku buat kerja yang 8 kali ganda banyak dari kerja dia yang cuma 1 tu. Itupun masih nak menyusahkan aku lagik. Apa kau ingat gaji kau kurang dari gaji aku ke? Sama jer kan, skim perkhidmatan pun sama. Kau taw tak apa maknanya tu? Maknanya silalah membuat/menghabiskan kerja anda tu pada masa dan waktu yang ditetapkan. Boleh tak improve sikit?!! Lagi bagus kalau boleh IMPROVE banyak!!!
Ko taw tak....?
  1. Ko taw tak wahai OpisMate® ku, ko tak kena bagi kerja oleh bos ko bukan kerana ko tu jadi kesayangan....tapi sebab ko tu memang tak boleh harap nak buat kerja.
  2. Ko taw tak, muka ko tu muka berlagak cam bagus (perasan cantik lah tu), tapi kerja tak reti nak buat. Baik lagi lah muka tak seberapa cantik (tapi chumel) dan tip top buat kerja cam aku nie.
  3. Ko taw tak, perangai ko tu tak berapa orang berkenan (even satu Opis nie tak suka).
  4. Ko taw tak, ko tu harap muka jer cantik tapi lembab.
  5. Ko taw tak, orang rasa ko tu bukan boleh nak dibuat kawan.
  6. Ko taw tak, orang meluat bila ko buat-buat senyum, sebab nak minta tolong kat orang.
  7. Ko taw tak, walaupun ko selalu guna minyak/losyen yang wangi, tapi ko still 'bau' lah.
  8. Ko taw tak, aku memang tak suka ngko dari awal lagi...sebab aku memang ada firasat ko tu jenis tak boleh harap.
  9. Ko taw tak, ada banyak sangat isu dalam kepala aku nie pasal ngko. Dan akhir sekali...
  10. Ko taw tak, Aku fikirlah orang cam ko ni baik kawin, duduk ruma, jadi kilang buat anak dan seterusnya jadi para isteri dan ibu yang mithali. Aku rasa ko ada potensi untuk itu semua.
Kenapa? Motifnya supaya tidak menyusahkan orang macam aku, yang rajin, fast learner dan peramah ni. Hokeh?!!
 

Kenapa nak ada Blog sendiri?

Category: By ladyLC
Hi, nama aku kat dalam MyKad>> n*r** h***f**i, dulu time kecik-kecik orang gelar nanie, masa jadi budak U dulu orang panggil n*r** (masa kerja jugak), cuma kengkawan yang kamceng jer guna trademark h***f**i tue. Kalau berkaitan dengan dunia IT, ID aku LadyLC. Umur lak dah masuk 26 tahun(uit…masih muda lagi tu!), habis belajar tahun 2005, kerjaya sekarang ialah pencacai kanan (part-time kat opis ialah kerja duduk-duduk baca paper). Kerja part-time yang lain masih dalam perancangan dan mungkin akan mengambil masa sedikit untuk dimajukan. Nak cari modal dulu. Penerangan kat bawah ini adalah keterangan soal-jawab mengenai blog ini.

Kenapa nak buat blog?
Sebab dah terlampau bohsan melelampau, tahap dewa nie. Tambahan pulak letrik, komputer, internet dibayar oleh pihak yang berkenaan. Jadi gunakanlah dengan berhemah. Kiranya, ini salah satu perancangan belanjawan berhemah jugaklah.

Perlukah nak sampai buat blog?
Eii….jangan tak tahu, dalam dunia moden hari ini, blog ni macam satu benda yang jadi kemestian lah. Ibaratnya jika anda remaja-belia, dan kalau tak join Social Network cam Friendster®, MySpace®, Facebook®, Tagged® dan bermacam-macam jenis lagik cam tak mengikut trend semasa lah.
Means => No Life!

Apa konsep blog ni?
Konsert??!(bukan eh….sori tertuli pla sedikit)…konsepnya…mengikut kesesuaian dan peredaran masa. Mungkin jugak ada menerapkan sedikit mengenai ‘personal life’ atau aktiviti kutuk mengutuk, tampar menampar dan tikam menikam lidah.

Motif blog ini?
Tak der motif. Tapi Motivasi ada. (Serius nie!) Ump…there’s no special issue/s or reservation/s why I’m doing all this (speaking sket). Aku cuma nak cari satu ruang untuk melepaskan apa yang terbuku dihati dan tersirat di minda. Ini semua Heart Feeling dan Mind Matters punya pasal.

Harapan?
Pengharapan adalah untuk terus mengekalkan blog ini dan mempertingkatkan skil diri sendiri dari masa ke semasa. Part yang paling susah ialah nak maintain blog ni, sebab ianya memerlukan komitmen jangka pen-jang(pendek dan panjang). Dan komitmen itu payah nak dilaksanakan. Peningkatan itu, yah…Insyallah dengan izin-Nya boleh.

Motto?
“dari Kenaikan sampai Keturunan tiada Kedudukan”
KahkahWahaha!!!