Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Aktiviti Separuh Ramadhan 1429H...

Category: By ladyLC
Yaa...aku memang tahu ada tiga (3) hari yang hilang dalam catatan aktiviti aku...iaitu 11, 12 dan 13hb Ramadhan, tapi tak perlu lah kecoh sangat. Ketiga2 hari itu tidak banyak bezanya dengan hari2 sebelumnya. Biasa saja.

Ramadhan 1429H, Hari ke-14


Sedar tak sedar dah 14 hari bulan Ramadhan tahun ni berlalu. Pagi 15hb Ramadhan tu, ada satu sms masuk kat inbox aku berbunyik:

"ai sibli, sy dh slamat b'salin pg ahd br ni..bby boy.."

Jadi untuk kawan ku @ xhausmate ku @ xrummate ku..."aku ucapkan Tahniah atas kelahiran putera mu itu>> Muhammad Adib Wafiuddin. Semoga dia menjadi anak yang soleh. Amin."


Ramadhan 1429H, Hari ke-15

Hari Isnin, bersempena dengan penghantaran kereta myvi ku ke workshop area sri Muda, aku naik lah pengangkutan awam untuk ke opis. Pergghhh...lambat masuk setengah jam...uwaaaa....punch card ink dah tukar kaler merah la pulak. Adoi!

Ramadhan 1429H, Hari ke-16

Juga, aku lewat sampai opis. petang aku kuar awal 1 jam. nak g ambek keta, tapi komuter lambat cam haram. so, aku sampai kat ruma bersama kereta ku yang baru diketuk dan dicat itu jam 7.15 petang (tinggal nak settlekan masalah sensor jer lagi). Dah nak masuk waktu sungkai pon. Cesss...

Ramadhan 1429H, Hari ke-17


Aku malas nak buat kerja. Kebetulan Pengarah (Bos aku yang sengal nak mampus tu. Ada ke bulan puasa cam nie suruh orang pindah randah. Bodoh tul!) suh cepat2 pack barang g pindah opis kat level paling atas (level 3), so aku habiskan masa dengan mengangkut barang ntah apa2 g tingkat atas. Gila penat...penat pun tak gila cam tu sekali.

Ramadhan 1429H, Hari ke-18

Khamis, datang awal cam biasa g opis...tapi aku tak punch, sebab suppose aku ke putrajaya ada urusan (saya yang menurut perintah!), aku buat kerja penting skit, pas tu blah g putrajaya. dalam 2 jam jer aku kat sana pas tu balik g opis semula. lalu kat LDP puchong, tak jem...kat federal highway, petaling jaya sampai kat jln bangsar...jammed! Pas tu g buka kat Restoran Nelayan...belasah makan stimbot...hehe...

Ramadhan 1429H, Hari ke-19

Pagi aku gerak terus ke putrajaya, selesaikan urusan (iaitu berborak2). Jam 12 aku gerak balik g opis. Sampai aku terus godek2 komputer versi tahun 1990'an. Susun semua folder yang berselerak kat my document. Petang g buka dengan member kat mana ntah, lagi pun kenapa nak sibuk-sibuk, bukan aku yang bayar. Hehe!


Ramadhan 1429H, Hari ke-20

Dalam perancangan nak ke Masjid Jamek, TAR & SOGO, Petaling Street maybe. Tapi sebelum tu, dah janji nak hantar kereta ke workshop balik. Ada yang tak settle (baru perasan kat bonet belah dalam ada yang tak cantik make up nya).

Ramadhan 1429H, Hari ke-21

Rancang nak ke seksyen 13 (pasar pagi) pas tu gerak ke glenmarie nak wat servis kete. Abang ku nak drive balik segamat guna keta aku. Aku pla nak balik raya 25hb, flight pukul 1800hrs.
 

Bad, Bad, Bad Day

Category: By ladyLC
Adoi...dah lah nak raya, keta aku pla disondol oleh kereta yang dimiliki oleh ntah sapa kat belakang. Mangsa kejadian ialah bumber & bonet kereta aku.

Cenggini citernya...Semalam time aku bertenggek kat susur keluar ke kg. jawa menunggu lampu kat tiang bertukar ke warna hijau (time tu warna merah), dengan penuh hemahnya aku menarik brek tangan (konon safety first lah). Tak pun sampai seminit, tiba-tiba aku dengar bunyi boom kat belakang keta dan serta merta kereta aku terhinjut ke hadapan. Nasib baik aku tak terlanggar kereta kancil kat depan aku. Kalau tak...mau habis duit aku bereratus tu. Ada gak gunanya handbreak tu rupanya.

Sah! Keta aku kena langgar nie. Aku park kat tepi jalan, kuar tengok keta aku. Alahai bumper dah termasuk kedalam (sebelah kanan jer). Bonet belakang tu..hemm...dah kemek! Memang sah, aku terpaksa mengeluarkan duit walau barang sedikit pun untuk memperbaikinya dan menge-make-up. Selesai bincang2, sorong-papan tarik-papan, kita decide nak settle tanpa melibatkan en pihak polis. So, sekarang ni aku tengah cari workshop yang nak buat kete aku tu. Actually bumper tak lah teruk...cuma beralih sedikit, xda fiber yang pecah pun, cat lah yang tercalar dan rasanya skru2 kat dalam bumper tu pun tercabut jugak.Yang teruk adalah bonnet itu. Kemek maaa...mau tak mau, kena ketuk gak tu, kena cat jugak. Adoiii....Pening kepala aku nie.

Sialan betul lah...aku yang kira berhemah ni pun kena langgar. Kalau abang aku taw...sure dia bebel sampai pitam aku. Mampus! Uwwwaaaaaa.....Habis duit raya aku...
 

Sah! Aku memang dah BuhSan Melelampau

Category: By ladyLC
Kalau lah kan...

Aku berjaya menghasilkan barang dagangan (yang halal) dalam kapasiti maksimum 100 unit sehari. Setelah aku bertungkus lumus membuatnya (dengan kudrat diri) dari bahan2 mentah yang berkenaan, aku mendapati jumlah kos yang diperlukan untuk menyiapkan barang dagangan itu adalah sebanyak RM 1.00 seunit. Aku berpendapat jika aku menjual di pasaran dengan peningkatan sebanyak 30% dari harga kos aku akan mendapat untung yang baik dan mengekalkan konsep kesederhanaan. Demi menyediakan perkhidmatan ini kepada orang ramai aku mencadangkan kepada diri aku untuk menjual sekurang-kurangnya 30 hari dalam sebulan, kecuali bulan Februari dan Hari Raya Puasa. Sekiranya aku memulakan aktiviti perniagaan aku semenjak bulan April 2008 dan berlarutan sampai ke bulan Ogos 2008.

Aku nak kira;
1)Untung yang akan diperolehi oleh aku pada bulan September 2008, jika unit jualan barang dagangan aku adalah maksimum setiap hari dan aku menjual pada setiap hari pada bulan tersebut.
2)Berapa banyak hari perlu aku menjual untuk aku mendapat untung minimum sebanyak RM 100,000.00?
3) Ada berapa banyak duit akan disimpan oleh aku pada bulan Ogos 2008, jika aku memperuntukan 5% dari untung setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam tabung helo kitti, 20% ke Bank MaeBank dan 10% ke ASB.


Soalan 1;

September – 30 hari
Maksimum – 100 unit
Untung = 30% x RM 1.00 = RM 0.30
= 30 hari X 100 unit X RM 0.30/unit = RM 900.00


Soalan 2;

Target > RM 100,000.00
Untung setiap hari = RM 0.30/unit X 100 unit/hari = RM 30.00/hari
Bil. Hari berjual = RM 100, 000.00/RM 30.00 = 3,333.3 hari = 3,334 hari
Iaitu lebih kurang bersamaan 9 tahun lebih.


Soalan 3;

Bulan Ogos 2008 = 31 hari
Untung = RM 30.00 x 31 hari
= RM 930.00

So jumlah tabungan untuk bulan Ogos ialah sebanyak

Tabung Helo Kitti @ RM 930.00 X 5% = RM 46.50
Bank MaeBank @ RM 930.00 X 20% = RM 186.00
ASB @ RM 930.00 X 10% = RM 93.00
= RM 46.50 + RM 186.00 + RM 93.00
= RM 325.50

Nanti sekejap…betul ke aku kira nie??? Aku pun dah biol agaknya…uwaaaa….
 

Yang Ku Cari & Yang Ku Inginkan

Category: By ladyLC
Ramadhan 1429H, Hari ke 10

“apakah yang engkau cari
tak kau temukan dihatiku
apakah yang engkau inginkan
tak dapat lagi ku penuhi”

Ahaks…setiap kali dengar lagu Samson ni…aku rasa sedih pla. Cam kena jer dengan diri aku. (Oppss…ini bukan sebab kecewa pasal boipren2 ya?) Ini pasal diri aku sendiri.

Sebenarnya lirik ini merupakan satu pertanyaan dekat aku.

Apakah yang aku cari?
Tak aku temukan dihatiku?
Apakah yang aku inginkan?
Tak dapat lagi ku penuhi?

Arghh…semua pertanyaan itu, jawapanya masih samar2 kat kepala aku. Kalau ada lah manusia memana yang bertanya aku soalan di atas (Perenggan 1). Nescaya aku tidak akan dapat menjawab dengan serius. Mungkin peti suara aku akan tersekat-sekat, mata aku akan berbinar-binar, nafas akan terasa sesak, dahi akan berkerut seribu dan paling sadis aku akan menelan air liur berkali-kali dan buat muka blurr macam lah orang yang baru terima & baca SMS cerai padahal korang tak pernah kahwin lagi (orang salah hantar SMS). Aku tak ada jawapan dan kepastian tentang apa yang aku cari dan apa yang aku mahu. Aku cuma….ntah lah! Susah nak describe!!!
 

TahaP GaBaN

Category: By ladyLC
Ramadhan 1429H, hari ke 6
Bersiap awal untuk ke acara “Mari Mencari Baju Padini” dan setelah selesai menyesakkan diri kat Padini Warehouse, aku & member pegi TESCO Extra beli barang dapur. Jam 4 ptg baru sampai rumah. Then, masak untuk berbuka.
Ramadhan 1429H, hari ke 7
Akibat keletihan yang melampau semalam, lepas sahur jer aku terus sambung tido sampai jam 10 pagi. Bangun, terus sambung kerja-kerja mengemas yang tertangguh. Huhu! Petangnya jam 6.30 baru sibuk nak beli beehoon (lupa nak beli kat TESCO). Lepas berbuka, aku basuh baju sikit. Tapi tak jemur.
Ramadhan 1429H, hari ke 8
Hari Isnin, lepas sahur aku paksa diri pegi jemur kain yang dah hampir reput. Kat opis, kerja cam haram punya banyak. Plus ada meeting yang membosankan. Paling tak best sebab aku kena catit minit. Buhsan tol! Asyik2 minit. Balik aku lalu NPE (cepat sikit sampai), tapi pengorbanan yang terpaksa aku lakukan ialah menghulur duit tol sebanyak RM 3.20 lebih dari selalu. Uwwaaaa….Sampai rumah, masak…buka…around jam 9 mlm aku tertido….zzzz (penat tol!)
Ramadhan 1429H, hari ke 9
Duduk kat opis, tak tau apa nak buat (lebih tepat tak tahu mana kerja yang perlu di buat terlebih dahulu). Banyak sangat. Sudahnya aku pun jadi sangat malas….teramat malas nak menyelesaikan kerja…Huaaaarrrghhh….
 

OKa dan OKi®

Category: By ladyLC
Ramadhan 1429H, hari yang ke-5

"Bergumbira...a..Bergumbira, tepuk tangan ramai-ramai
Kita bernyanyi sambil langkah kanan kiri..." (ewah..hapinyer!)

Perbualan OKa dan OKi aku (OKa-otak kanan aku ) & (OKi - otak kiri aku)

OKa: Kenapa kau gumbira?
OKi : Hahahahaaa...sebab ari ni first day aku pose. Yahuu.
OKa: Wei, kau ni. Orang dah masuk 5 hari puasa, kau baru terhegeh-hegeh nak mula.
OKi: Aku baru jer habis 'lampu merah' lah.
OKa: Upss, sori. Ingatkan kau sengaja nak memonteng puasa.
OKi: Eh...helo?
OKa: Ye, nak cari sapa?! Huahuahua...Kihkih.
OKi: Cesss....Seb baik aku baik. Kalau tak dah lama kau makan jeruk selipar jipun.
OKa: Wei, tak baik taw, nanti batal pose aku. Bulan pose ni apa kata kita tekad nak dapat 100% keberkatan Allah.
OKi: Ye lah. Insyallah. Amin.

'Selamat berpuasa kepada diri aku sendiri!'

Walaupun tiap-tiap tahun (semenjak akil baligh) ni aku tak pernah puasa full 30 hari. Tapi aku still consider diri aku berpuasa tahap penuh-poyan. So, raya tahun ni mesti dirayakan dengan sederhana dan bahagia nya.

Umphh...rasanya raya tahun ni aku dapat duit raya lagi ke? Atau aku yang bagi duit raya kat anak buah aku?
 

BERHENTI...boleh ker?

Category: By ladyLC
Kalaulah boleh aku bagi surat berhenti kerja ari ni tanpa perlu memikirkan consequences yang bakal menghempuk kepala aku, for sure dalam detik 5 minit saja aku akan siapkan. Tapi, itulah…macamana aku nak tulis notis berhenti kerja kalau aku takde kerja yang lain. Aduh! Sakit kalau macam ni. Masuk bulan yang ke 11 aku kerja di opis ni aku dapat rasakan kepala hotak aku makin membengong. EQ dan IQ semakin berkurangan. Arghhh…boleh jadi gila!!!

Apa aku nak buat ni? Macamana aku nak cukup duit dan cukup, cukup, cukup, cukup segalanya?!

Aku tak mintak banyak cukuplah kalau tiap-tiap hari aku boleh berbelanja maksimum RM 10,000 tunai. Menjadikan jumlah perbelanjaan tiap-tiap bulan paling kurang RM 300,000 tidak termasuk duit untuk membayar bil lain (kereta, rumah, api & air). Tak melampau rasanya permintaan aku ni, kan?!
(aku saja jer nak highlight part yang ni)
.
 

Pengakuan: Terima Kasih Bos

Category: By ladyLC
Ramadhan 1429H, hari yang ke-3

Tadi Bos (or should I say Ex-Boss) datang untuk buat serahan tugas dan sekali gus mengangkut barang peribadi beliau. Dengar khabar (memang sah!) beliau ditransfer keluar dari cawangan opis kat KL. Hemm...agak sedih jugak sebenarnya, walaupun ada ketikanya beliau bisa membuatkan darah aku mendidih 115 darjah celcius.

Imagine:>>
Tengah korang syiok2 bercuti kat Dubai, korang terima message from your boss, ask you to come back a.s.a.p to the office and ask to report duty to another department. Not because you being promoted (you still got the same title, salary, allowances), but being transferred-out to department that you can called 'cold storage'. 'How do you feel, then?' OMG! I can't imagine if that is my situation. Kalau korang in his shoes what are you suppose to do? Marah? Going for Amok? Gila? Meroyan?

Secara peribadinya saya (sopan sket untuk entri ini sahaja) menyifatkan beliau seorang yang brilliant dan bijak (Handsome? Umph...Bolehlah untuk sesapa yang berkenan. Me? No, thanks!). Cara beliau menyiap/menyelesaikan kerja memang efisyen sekali. Dari segi communication (slow talk dan kaki kipas) pun tersangatlah tip top. Tapi kita kan manusia, ada kelebihan punya kekurangan. Kita tidak sempurna. Ada saja sifat kita yang cela. Mungkin beliau tidak perasan akan sifat beliau yang cela itu. Takpe...saya doakan agar suatu hari nanti beliau akan perasan dan maklum sendiri.

Walau pun beliau memang seorang yang sangat bossy dan annoying, tapi bagi saya, sebagai ex-worker saya sangatlah berterima kasih atas segala kata nasihat, jeritan, jelingan, perbalahan dan gelak yang beliau pernah berikan.

Maka, bersempena dengan bulan Ramadhan ini, saya mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan beliau sekeluarga. Tidak ada terniat di hati saya untuk menyimpan rasa sakit hati. Saya mengaku saya pernah terasa dengan kata-kata dan cara beliau, tapi saat ini (jam 12.45 pm) saya telah melepaskan segalanya-galanya. Saya telah memaafkan beliau begitu juga saya harap beliau memaafkan saya atas kedegilan dan gosip2 mengenai beliau yang pernah saya laungkan kat orang lain. Mudah-mudahan diberi petunjuk. Amin.

Terima Kasih Bos!
 

Entri yang Tetiba...

Category: By ladyLC
Aku memang sudah tidak ada perasaan bila tiba waktu kerja (8.00 pg – 5.30 ptg). Kalau boleh aku tidak mahu datang langsung berkerja. Aku rela duduk dirumah menghabiskan masa melepak sahaja. Tapi semua itu tidak mungkin, kerna aku memerlukan wang. Aku perlu membayar sewa rumah, bil air & api, kereta, minyak petrol, tol, ptptn, insurans, bagi duit kat mak, bagi duit kat adik…semuanya kerana wang. Kalau tidak, sudah tentu aku melepaskan kerja yang aku tidak minat ini. Ini semua gara-gara wang. Kenapa kita harus mengadai perasaan hati kerana wang? Jawapnya satu sahaja: Kerana terpaksa, kita memerlukan wang untuk hidup…

“Wang tidak mungkin dapat membeli segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan Wang.”

“Kalau misalan aku terlupa…tentang kemanisan hidup dan hampir menyeleweng…

Aku kena selalu mengingatkan diri aku sendiri supaya sentiasa berhati bersih. Aku harus cakap kat diri aku sendiri agar selalu bersyukur dengan apa yang aku miliki hari ini. Aku mesti meyakinkan diri sendiri bahawa setiap susah yang aku tempuhi hari ini pasti ada hikmahnya.

Tapi, Ya Tuhan…bila semuanya akan menjadi tenang? Beri aku petunjuk Mu. Beri aku secebis kekuatan agar aku bisa teguh dan utuh menanggung kehidupan.
Amin...
 

'Persamaan Punch Card & Bos'

Category: , By ladyLC
Benda ni dah tiga empat ratus hari aku cari jawapannya. Semenjak aku berkecimpung dalam dunia punch-mempunch card. Mungkin jugak atas berkat bulan Ramadhan tahun ni, aku dapat jawapan untuk pertanyaan aku yang diusulkan di atas. Sebenarnya…Jawapan yang bakal aku bagitaw nie, aku dapat masa aku kat toilet. Tengah prott…prottt…legaa!(sakit perut beb, tak leh tahan) Bunyi cam busuk jer jawapan aku nie kan? Memang busuk pun. Haha…Sebab asalnya dari toilet. Ok, inilah jawapan yang paling bernas untuk soalan “Apa persamaan punch card dan bos (aku @ korang)?”
Ingat tak phrase…

“When I do GOOD, my boss never remembers,
When I do WRONG, he never forgets”

Part Sampai Awal;
Waktu aku sampai awal, ink tak pernah nak jadi kaler hijau! Kalau warna Hijau boleh lah satu opis nampak aku datang awal selalu. Ni, asyik hitam, hitam, hitam, kelabu (nak kering lah tu), kelabu-kelabu (silalah suruh orang kat admin tukar reben baru)
(Sampai Awal – GOOD)

Part Datang Lewat;
Cuba, time aku datang lewat (walau seminit), for sure ink tukar kaler merah menyala. Nak bagi ingatanlah tu konon aku dah buat salah. Kalau aku balik lambat (1 jam @ 2 jam), tak pulak warna dia jadi biru ke, merah jambu ke.
(Datang Lewat – WRONG)

Haa…kan sama tue!

Bos aku kan…Kalau aku buat kerja bagus, tak pernah nak puji pown (senyum pun tak). Tapi kalau aku buat salah, amboiii…diingatnya sampai masuk lubang tujuh kaki dalam tu! PunchCard tol! Sipotol! Tuntul betol!