Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Ohh...bodohnya...

Category: By ladyLC
Maaf, senangnya kau ucap?! Macamlah aku nie anak patung yang tak punya perasaan. Macamlah aku nie tunggul kayu yang tidak ada hati dan rasa. Itu lah kau, selalu sahaja melafazkan maaf, membuat aku lali, hingga aku tuli, sampai tahap aku tak sanggup untuk mengiyakan lagi. Kau terlalu asyik dalam dunia penuh warna hitam putih mu. Kau sedar kau silap, tapi kau tidak pernah mengaku salah. Apa yang kau buat ialah memutar-belitkan fakta dan cerita supaya aku menjadi sebak dan dengan perlahan mulai memaafkan mu untuk kali yang ke berapa ntah! Aku tahu, kesilapan terbesar aku adalah mempecayai mu, terpengaruh dengan kata-kata mu yang menjanjikan kekesalan. Bodoh rupanya aku ini. Sanggup membiarkan diri aku di perkambing-kambing oleh kau! Nasib baik aku sudah sedar. Pergi lah kau, bersama cerita-cerita yang tidak begitu mengasyikkan itu. Aku sudah serik. Dan jangan lupa…aku bukan lagi ***** yang kau kenal dulu. Aku sudah berubah.
 

Pejuang Berani Mati ke?

Category: By ladyLC
General Sun Tzu dalam buku strategi peperangan beliau: 'ART OF WAR' pernah menulis "Keep your friends close and your enemies closer". Dulu masa pertama kali jumpa quote ni aku rasa semacam jer. Ye lah sebab, ada dua perkara besar yang dilibatkan iaitu kawan dan lawan. Kenapa nak berkawan dengan lawan? Kenapa nak jadikan lawan kita lebih rapat dari kawan kita sendiri? Aku betul-betul tak faham. Sungguh. Waktu tu, zaman tak akil baligh lagi (ilmu pun tak berapa nak banyak). Sekarang bila dah besar panjang, ilmu pun lebih sikit dari dulu, baru aku faham...

Rupanya...Semakin lama aku mengharungi hidup dimuka bumi Allah ini, semakin aku kenal dan faham banyak perkara. Ye lah, 'Zaman dah berubah, dunia dah maju', dan dengan perubahan zaman yang pantas dan kemajuan yang tak sabar-sabar nak mencelah diruang kehidupan aku, dan dalam kepantasan manusia berlumba-lumba untuk mencari kesenangan dan kesempurnaan hidup ini baru aku tersedar, rupanya hidup ini sebenarnya adalah satu peperangan yang panjang. Lebih dashyat dari mana-mana perang yang pernah tercatit dan akan tercatat dalam lipatan sejarah dunia.

Kerana hidup aku adalah peperangan, dan dalam perang itu Aku adalah seorang pejuang. Aku adalah seorang Jeneral. Aku adalah seorang pengatur strategi. Aku adalah seorang perisik. Aku adalah perunding. Semuanya adalah AKU. Semuanya ada dalam diri AKU. Dalam perang ini, hanya ada satu matlamat. Iaitu KEMENANGAN. Tidak ada lain. Sama ada aku menang tanpa melibatkan pertumpahan darah, atau melibatkannya sekalipun. Aku harus menang. Demi mencapai peluang kemenangan yang total, kata-kata Sun Tzu tu, sangat berkesan untuk diamalkan. Tapi jangan sampai memakan diri,.. sudah!

Kadang-kadang (selalu terjadi), kawan kita adalah lawan terhebat kita. Kerana kawan adalah orang yang paling banyak tahu tentang kelemahan dan kelebihan kita. Dalam politik, bisnes, sekolah, percintaan. Ah...senarainya cukup panjang. Kalau nak disenarai pendek sekalipun rasanya akan memanjang lebarkan entri ini sahaja. Jadi berhati-hati lah. Jangan sampai ada tikaman-tikaman dari belakang, dan jangan biarkan parasit yang bakal menghisap darah dan memakan daging kita hidup-hidup menumpang kat kita.

~Huh...entri ini sudah terlalu jauh melelalut...aku dah habis bercerita, tapi belum kehabisan ide lagi. Sambung lain kali...Penat sudah nie!~
 

Persoalan Terlampau?

.
Kenapa aku kena kerja pagi sampai petang?

Kenapa aku yang kerja dari pagi sampai petang tak jugak jadi kaya?

Kenapa aku yang berpenat lelah membanting tulang (opss…nak dramatik sket…sebenarnya memerah otak) kat opis ni, tak dapat nak simpan wang kat dalam bank sampai cecah puluh ribu ringgit Malaysia?

Sedangkan…

Si polan tu, kerja tak sampai 2 jam, dapat duit, sekali cucuk RM 1K. Bayangkan kalau kerja macam aku (8 jam/hari), pergh…maw pendapatan beliau RM 4K/hari. Sangat lah banyak tu!

Si polan tu, tak payah susah-susah kerja dan dimarah, dimaki, dihamun & ditengking serta dijeling setiap hari boleh tinggal kat apartment mewah, drive kereta RM 300K…dsb…

Si polan tu, tak pernah aku tengok terhegeh-hegeh nak menghempas pulas berkerja memerah otak. Tapi…cuba tengok akaun bank beliau…perghh…masyukk…ada RM puluh ribu tu!

(Soalan-soalan ini aku tanya sendiri kat diri aku sahaja. Segala watak, tempat, andaian-andaian dsb., adalah rekaan semata dan tidak ada kena mengena dengan orang yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Harap Maklum. Umph, kalau ada kena mengena sekalipun, apa kena mengena dengan aku?)
.
 

Satu Waktu Dulu: Kerana Terpengaruh

Alalaa…(entri ini di tulis kerana terpengaruh dengan pembacaan ‘Hari ini, hari aku depressed.’ oleh Sue Anna Joe)

Nak taw…dulu aku ingat aku hebat, sangat pandai dan chumel. Sebab dulu zaman sekolah aku masuk kelas rating A sahaja. Tak pernah downgrade walau satu kali pown. Pas PMR aku join kelas Sains (terror konon, tapi SPM result cam hampeh). Masa tu, baru terasa perit, tapi menyesal pun dah tak guna. So, berbekalkan keputusan yang tak bagus itu aku mohon ikut course Pre-Science UiTM (aku sedar result aku teruk sangat) then, syukur Allah bagi peluang masuk UiTM (masa tu ikut course Pre-Science, lama jugak dalam setahun – Part 1: Masih tak insaf lagi – jadi result cuma 2.19 (eeii…teruknya), then Part 2 – Sedikit insaf (sebab kena kick dari Hostel kot), dapat result 3.29. Terus futher Diploma (waktu ni still masih boleh tahan nakal, tapi masih tetap maintain stadi), result maintain 3 pointer. Budak course aku memang selalu jer mention aku ni budak ‘three pointer’. Kadang-kadang tu kembang-kemuncup jugak lubang idung aku bila di hadiahkan gelaran cam begitu. Dekat nak abis zaman Diploma aku pernah jugak jadi calon akhir untuk terima gelaran graduan terbaik. Tapi apakan daya…CGPA aku cuma mencecah 3.49 jer. (Perghh…budak yang dapat title tu, pointer dier 3.89 – jauh tu beza dengan aku) Tapi aku tetap bersyukur, at least dari keturunan aku berjaya dapat kenaikan dan ada kedudukan.

Tak berapa lama aku cuti (cuti semester sesi Jun – Nov 2003), dalam bulan Disember 2003 aku futher Ijazah – Alhamdulillah pointer pun masih three pointer. Sampai lah ke akhir tahun 2005 CGPA pun boleh lah – 3.48 (yang mana aku cukup kecewa tak termasuk dalam kategori First Class holder). Tapi OK lah kot. Ironinya zaman kerja tak lah segempak mana (aku taw sangat banyak persaingan sebab dah ramai budak ada degree dengan result yang bagus2), kerja pown selalu sahaja terkontang-kanting. Kerja kalau tak kontrak, sambilan. Tetap – tak pernah lagi. (Erm, sebenarnya pernah juga ditawarkan kerja tetap kat Johor, tapi aku merasakan kerja itu terlalu jauh dari kehendak dan kemampuan aku). So, pada hari ini…begini lah aku. Kerja taraf sambilan, tapi sangat2 bersyukur sebab, walaubagaimana pun aku masih punya kerja, dapat gaji tiap-tiap bulan, boleh bayar loan PTPTN dan bayar hutang kereta.

Dulu zaman sekolah/belajar aku cukup seronok menghabiskan masa dengan membaca buku, majalah (termasuk komik bersiri (jepun) + novel2). Teringat lagi ada satu malam tu aku habiskan membaca novel ‘Ombak Rindu’ karya Fauziah Asha’ari direct dari pukul 11 malam sampai jam 5 pagi. (Ombak Rindu ni sangatlah laris jualannya masa tu!) Kalau difikir-fikirkan semula, itulah rekod pembacaan aku yang paling lama untuk sesebuah buku. Selalunya kalau buku management/science, cukup lah kalau diberi masa 20 minit, kompem tak sampai 15 minit aku dah surrender. Sekarang kalau teringat time tu, aku mesti rasa sedih. Kerja sekarang ini, tidak membolehkan aku melepak dekat kedai2 buku, jauh sekali membenarkan aku untuk menghabiskan satu naskah buku pun. Cerita ‘Anna and The Green Gable’ dan ‘Heidi’ kat rumah tu, dah hampir setahun ku beli, ianya sekadar jadi peneman kat atas kepala katil sahaja. Sebab aku rasa kerja aku sekarang tidak lah seseronok mana. Dan aku sebenarnya tidak begitu gembira dengan keadaan dan suasana persekitaran kerjanya (orang2nya dan tempatnya). Jadi, tiap2 malam aku habiskan dengan menonton TV atau lebih tepat lagi – tidur seawal jam 9 malam. Sebab aku tak larat nak memikirkan masalah yang dibebankan atas bahu aku oleh si bijak pandai (bos aku) demi mengelak diri dari bertanggungjawab dan menjaga reputasi beliau. Aku benci, bila diperlakukan begitu. Tapi aku hanyalah pekerja sambilan dengan taraf kuli b.a.t.a.k sahaja, dan apa lah daya aku untuk melawan dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini. Silap cakap, salah tingkah kerja aku melayang. Siapa nak tanggung aku bayar hutang? Adusss…..Ya Tuhan, tolong lah hamba Mu ini.
 

Website Paling Hot: Teratak Anna Abadi

Category: , By ladyLC
Masa zaman kat UiTM dulu, aku dah mula aktif surf internet. Walaupun agak keterbatasan dari segi masa, wang dan laman web yang establish kat Malaysia ni, satu website yang paling aku ingat sampai lah ke hari ini ialah laman web ‘Teratak Anna Abadi’. Masa tu blogger tak lah seglamor mana, wordpress pun takde lagi, so bagi kaki-kaki blog (website) Malaysia, mereka akan membuka perkampungan (forum or website) kat geocities (ironinya aku pun ada juga website kat situ, tapi dah lama la).

Teratak Anna Abadi (TAA) memang salah satu website geocities yang glamor. Semua ahli2nya dikenali sebagai Teratakian. Aku bukan lah ahlinya tapi kalau nak kira aku merupakan salah seorang peminat-susah-mati website beliau. Website Anna Abadi ini banyak megumpulkan cerpen2, lawak, mutiara kata dan nasihat2 berguna. Sedihnya, beliau telah kembali keramahtullah pada 26 Disember 2006. Al-Fatihah buat beliau. Aku memang rindu untuk menyelusuri Teratak beliau, yang ceria itu. Untungnya, kalau kita taip keywords Anna Abadi (kat ruangan search Google atau Yahoo) sebegitu banyak orang yang mention nama beliau. Kalau taip ‘Teratak Anna Abadi’ = sejumlah 54,000 entri akan dikumpulkan. Banyak kan?! Bertapa besar sumbangan beliau dalam dunia memblog/mewebsite kat Malaysia ni. Semoga pahala akan terus mendatangi beliau. Amin.

Last time aku surf dan cari Teratak Anna Abadi_aku dapat masuk website beliau. Kini, aku rasa ianya telah diberhentikan. Rasanya, aku pernah terbaca…beliau meminta agar Teratak beliau dihentikan sekiranya beliau kembali keramahtullah. Kini, banyak fans beliau yang cuba mengumpul semula isi kandung website “Teratak Anna Abadi” sebagai kenang-kenangan terakhir dari beliau.


.
 

5 Sebab Kenapa Aku...Tak Suka Kerja...

Category: By ladyLC
Aku rasa cam nak buat subjek yang subjektif baru lah. Iaitu 5 sebab kenapa aku...

5 SEBAB KENAPA AKU...
TAK SUKA KERJA KAT KOMPENI AKU KERJA SEKARANG?

5. Aku adalah kuli b.a.t.a.k kat opis;

4. Nama Kompeni jer gah. Tapi semua kena catu;

3. Bos aku cam S.I.A.L. Cakap cam Pa**a, tak boleh pakai punya orang;

2. Kerja banyak! Tahap menimbun macam sampah-sarap yang orang2 Malaysia buang setiap hari;

dan sebab utama aku tak suka kerja tempat kerja aku sekarang ialah

1. Gaji yang dorang bagi kat aku, ciput tahap siput!!!
 

Puasa-Balik Kampung-Raya-Kerja

Category: , By ladyLC
Ari tu sempat tulis sampai hari ke 21 Ramadhan jer. 22, 23, dan seterusnya 30 Ramadhan takde cerita langsung. Itu sebab hari ke 22, 23 dan 24 itu aku bizzi menjalankan tugas yang diamanahkan. 25 tu aku sebok tahap cipan mati, sebab aku nak fly balik kampung. Dan selama dari hari ke 25 Ramadhan (malam) sehinggalah hari ke 12 Syawal aku bercuti sakan merayakan Aidilfitri kat rumah. Nak update blog memang takda kesempatan sebab kat rumah takde line internet (ASTRO jer yang ada), line talipon pun syukur-syukur jer kalau ada satu bar. Di sesetengah ceruk kat rumah aku tu memang takder bar langsung. Nak bergayut pon wajib cari satu port 'baik punya' dan diharamkan dari membuat aksi-aksi manja dan separuh manja seperti bergaru-garu kepala, atau mengoyang-goyangkan punggung. Kalau tak, suara pra-merdu aku akan bertukar menjadi suara robot yang kehabisan bateri.

Walaubagaimanapun, dalam kedaifan line henpon dikawasan sekitar rumah aku...raya aku still meriah. Masih happening dengan kepelbagaian kueh-kueh tunjuk-angkat-bayar, kad-kad raya yang bermusim sudah, lampu kelip-kelip warna warni dan pelbagai bentuk, warna-warna baju raya tahun lepas, makanan tradisional seperti burasak, ayam lengkuas, lontong, kuah kacang dan soto banjar and last but not least ialah senarai rancangan-rancangan menarik program TV sempena hari raya. Haha!

Tapi dalam kemeriahan, dan happeningnya raya kepala aku masih lagi sesak memikirkan perihal kerja yang tak pernah berkesudahan dan menyusahkan. Dahlah gaji bulan lepas tak dikreditkan dalam akaun aku lagi. Pada masa yang sama, loan kereta aku dah menjejerit minta bayaran....sewa rumah lagi. Adus! (Perhatian: ini bukan kes terlebih belanja untuk hari raya, tapi sememangnya gaji bulan lepas tak masuk lagi). Wahai gajiku yang tak seberapa banyak itu, bilakah agaknya anda akan berada dalam akaun aku?! UWWaaaaaa.....