Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Sakit Hati

Category: By ladyLC
Ada 5 sebab utama kenapa aku...

TERSANGATLAH SAKIT HATI HARI INI!

5) Pagi tadi kena masuk meeting
4) Ingatkan meeting tu just takes 1 hour, tapi berjejela panjangnya sampai 3 jam
3) Dalam meeting aku kena bambu ngan bos (sebab tak siap kerja)
2) Pas tu, dia sibuk persoalkan pulak jawatan aku

Dan sebab utama aku tersangatlah sakit hati hari ni...

1) Ada banyak kerja yang kena memerlukan tindakan SEGERA!!! (Uwwwwaarrrghhhhhh.....Tensiooonnn!!!)
 

Gadis Gelandangan ®: v.2

Category: By ladyLC
***
Dari jauh Makcik Rose melambai-lambaikan tangan sambil mulutnya terkumat-kamit menyatakan sesuatu yang pada zahirnya tidak tertangkap oleh cuping telinga Adline. Dia berlari-lari anak mendapatkan perempuan berumur 40-an itu. Hembusan nafasnya turun naik , degupan jantungnya meningkat sekali ganda. Pakcik Sam menegur mesra Adline sambil memetik sebiji mangga yang sedang-elok masaknya. Adline sekadar menghadiahkan senyuman manis untuk lelaki itu.

Dia duduk berhadapan dengan Makcik Rose sambil memainkan jemarinya di dalam tong dram berisi air itu. Ada beberapa ekor berudu asyik berenang. Suasana senyap seketika. Makcik Rose mulai bicara.

‘Line, ada berita baik untuk kamu…’ Adline mendengar tekun.

‘…Mem Delinda ingin mencari seorang pembantu baru. Dia menyuruh ku mencarinya dikalangan saudara atau kenalan ku. Jadi aku fikir kalau kau adalah calon teratas untuk kerja sebagai pembantu. Mahu atau tidak kamu aku calonkan kepada Mem Delinda?’

Adline tidak menunjukkan sebarang reaksi spontan. Lama dalam beberapa minit barulah dia melarik senyuman tipis, matanya kelihatan berkaca. Tanpa sedar dia mengangguk tanda setuju.

‘…Baguslah kalau begitu. Akan ku khabarkan segera kepada Mem Delinda. Mungkin esok atau lusa kamu akan mula berkerja. Jangan lupa esok tepat pukul 7 pagi kamu mesti sampai di Astana, ya?’

‘InsyAllah. Terima kasih, Makcik Rose. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa makcik.’ Badan Adline sudahpun terdorong untuk memeluk tubuh gempal dihadapannya.

***

‘Bagaimana Line? Mem Delinda setuju atau tidak kamu berkerja disini?’ Mulut Adline tidak segera memberikan jawapan untuk pertanyaan Makcik Rose. Dia terlebih dahulu memandang kosong ke arah pokok herba di laman belakang. Makcik Rose tidak terasa untuk mengasak pertanyaan lagi. Sudah ada jawapan yang bermain dimindanya.

‘Mem Delinda menyuruh…aku segera mendapatkan uniform dari Makcik Rose. Katanya lagi… aku akan berkerja enam hari seminggu. Hari minggu aku di berikan cuti.’ Muka sedih Makcik Rose bertukar kemerah-merahan, menahan gelak tawa yang menunggu waktu tersembur. Adline amat gembira. Bagi Makcik Rose pula, dia puas hati dapat menolong gadis sebaik Adline.

‘Berapa upah kamu, Line?’ Tanya Makcik Rose.

‘Eh…aku kira tidak manis untuk bertanya soalan itu pada hari aku di terima berkerja. Betul tak Makcik Rose? Lagipun aku merasakan yang Mem Delinda itu seorang yang serius dan aku takut sekali kalau pertanyaan itu akan membuatnya terasa hati.’

‘Ah…kamu memang seorang gadis yang mempunyai daya kecerdasan baik. Baru pertama kali berjumpa sahaja kamu sudah dapat membaca semuanya. Tidak mengapalah Line, aku akan bertanyakan bagi pihak kamu. Ayuh Line, kita ke bilik stor mencari uniform yang sesuai untuk kamu. Sekali lagi tubuh Makcik Rose dipeluk mesra oleh Adline. Makcik Rose membalas dengan membelai lembut ubun-ubun Adline. Mereka ketawa riang.

Saat itu, Delinda sedang memerhati keakraban Pembantu Rose dengan Pembantu Adline yang baru di gajinya itu. Dia mencebir sedikit, namun seketika kemudian dia tersedar akan perbuatannya itu lalu beralih ke ruang keluarga.

***
 

What Makes A Man

Category: By ladyLC
“Tell me what makes a man
Wanna give you all his heart
Smile when you're around
And cry when you're apart

If you know what makes a man
Wanna love you the way I do
Girl you gotta let me know
So I can get over you”


(Kenapa beri lagu nie kat aku?
Aku tak faham?
Kenapa nyanyi lagu nie untuk aku?
Aku lagi tak faham?
)
.