Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Buduh bin Bangang

Category: By ladyLC
Pernah jumpa tak hamba Allah yang kita gelar Buduh bin Bangang sepanjang kehidupan kamu di muka bumi tuhan ni? Pernah tak? Aku pernah…dan ironiknya selalu pulak tu. Ntah nasib aku baik atau malang. Nasib baik sebab dorang2 die off course lah lebih tak pandai sedikit dari aku (dan aku bersyukur untuk itu). Nasib malang mungkin disebabkan attitude dorang nie yang kadang-kadang bisa membuatkan kemarahan meledak dengan sekelip mata. Korang mesti faham kan, perasaan bila ada nya insan yang bergelar Buduh bin Bangang ni (pada yang pernah mengalaminya lah). Uwaaa...makhluk yang macam ni sebenarnya, boleh bikin sakit hati dan bisa membikin jiwa jadi kacau. Beggok tul lah!
 

Woi…Salahkah jadi ‘copycat’?

Category: , By ladyLC
Ishk …aku rasa semacam jer bila ada orang isukan perihal copy meng’copy’ ni. Dan aku rasa lagi terpukul bila member aku sendiri kutuk kaki-kaki ‘copy’ ni. Baik secara fizikal ataupun dalaman. Aku rasa beliau tak patut kutuk tahap gaban mereka-mereka itu, diaorang pun manusia biasa jugak, ada hati dan perasaan untuk cantik dipandang, indah ditatap. Jadi biarkan jer lah kalau diaorang tu nak scan ker, copy ker, apa ker. Biarkan lah. Sebab utamanya aku tak sokong kutukan beliau itu adalah kerana aku memang ada niat nak jadi ‘copycat’ terhadap orang tertentu. Jadi pada hemat aku memang tak salah lah kalau jadi ‘copycat’. After all, dalam hidup kita ni, bab ni memang dah jadi satu trend. Kalau tak tiru tak trendy lah. Duuhhh!!!
 

Aku tak tahu!

Category: By ladyLC
Entri ini tidak ada kena mengena dengan tajuk di atas. Sebab aku tak tahu apa yang sedang berlaku dengan diri aku sekarang ni. Aku bingung mungkin!

Aku memang tak tahu nak buat apa pasal isu ke'bosan'an yang melampau ni. Aku rasa mungkin aku terlalu stress sebab due date projek 31 Disember ni. Arrangement data & kursus pun tak ready lagi. Cuti bulan ni pun bertalu2, suma kerja akan jadi lembap sebab banyak manusia yang related dengan kerja aku ni, sibuk nak cuti. Cuti sekolah, cuti nak kahwin, cuti sebab saudara nak kahwin, cuti hari raya aidiladha, cuti krismas, cuti awal muharram, aduh banyak nya cuti. uwwwaaaa.....Tuhan tolong aku.

Lagu Imran Ajmain yang baru neh best jugak...tajuknya 'selamat ulang tahun, sayang' kot...ntah ler...Lagu Ayushita pun gempak jugak...tajuknya 'Tuhan beri aku cinta'.

Apa yang aku merepek nih!!! Adusss....
 

Aku Sedang...

Aku sedang dilanda keBIOLan yang melampau (full stop)

Aku sedang dibebani oleh masalah kerja yang melampau (full stop)

Aku sedang disakiti oleh manusia-manusia pening (full stop)

Aku sedang ditujah oleh perasaan asing (full stop)

Aku sedang pusing (exclaimation mark)