Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Woi…Salahkah jadi ‘copycat’?

Category: , By ladyLC
Ishk …aku rasa semacam jer bila ada orang isukan perihal copy meng’copy’ ni. Dan aku rasa lagi terpukul bila member aku sendiri kutuk kaki-kaki ‘copy’ ni. Baik secara fizikal ataupun dalaman. Aku rasa beliau tak patut kutuk tahap gaban mereka-mereka itu, diaorang pun manusia biasa jugak, ada hati dan perasaan untuk cantik dipandang, indah ditatap. Jadi biarkan jer lah kalau diaorang tu nak scan ker, copy ker, apa ker. Biarkan lah. Sebab utamanya aku tak sokong kutukan beliau itu adalah kerana aku memang ada niat nak jadi ‘copycat’ terhadap orang tertentu. Jadi pada hemat aku memang tak salah lah kalau jadi ‘copycat’. After all, dalam hidup kita ni, bab ni memang dah jadi satu trend. Kalau tak tiru tak trendy lah. Duuhhh!!!
 

0 comments so far.

Something to say?