Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

"Ai Seh Men..."

Category: , By ladyLC
“Pertama kalinya, sebuah pesawat pejuang milik TUDM menerobos ruang udara KL dengan bunyi yang bisa mengegarkan jantung.Kali keduanya, sebuah lagi pesawat pejuang milik TUDM menerobos ruang udara KL dengan bunyi yang juga bisa mengegarkan jantung.”

Aku menekup telinga...sambil pejam mata...bayangkan sedikit rasanya bila jadi negara bergolak dalam kancah peperangan. Mungkin inilah alunan musik mereka. Bunyi dentuman bom itulah agaknya bunyi drum kan? Suara mengerang kesakitan dan tangisan itulah lontaran vokalnya. Liriknya pula berkisar keperitan dan kesengsaraan perang. Tajuknya pula 'Hadiah dari Peperangan'.

Perghh…scary tue! Itu yang aku respect penduduk yang masih terus teguh berdiri mempertaruhkan kehidupan mereka. Berani melintasi benteng-beteng pertahanan yang rapuh.

Sungguh! Aku bersyukur...lahir dan hidup di negara ini. Jauh dari perang walau ada sengketa. Sungguh! Aku bersyukur...aku bisa lagi menaip dan menekan keyboard untuk menulis. Sungguh! Aku bersyukur...aku masih lagi boleh menghirup udara berkepul-kepul (biarpun dipenuhi Karbon Monoksida) dari menghidup hanyir korban manusia.

*(yang di atas itu adalah sekadar imaginasi sahaja)

"Aisehmen..."(sambil aku buat muka cuak dan mata terkebil-kebil)

Baru ingat yang 31 Ogos; iaitu Hari Kebangsaan @ Merdeka dah nak dekat...patutlah banyak bunyi, dan patutlah lagu 'Standing in The Eyes of The World' berkumandang sejak awal pagi tadi. Dan patutlah ada banyak warga Malaysia (dengan uniform pelbagai warna) berkumpul kat area jalan depan Masjid Negara. OOoo... patutlah....

Kenapa aku baru teringat ah? Ooo…rupanya Hari Merdeka tahun ni tak semeriah tahun2 lepas. Preparation pun ala kadar sahaja.

Kenapa ek? Ooo…baru terfikir beberapa sebabnya. 1) Ada Hari Mengundi kat Permatang Pauh; 2) Harga Minyak baru jer turun; 3) Budget 2009 nak di umumkan 29 Ogos (hari nie); 4) Bulan Ramadhan 1429H tak berapa lama lagi; 5) Mega Sales, 1 September ni last; dan 6) Bizzi yang amat melampau.

Tahun ni tak patriotik lah jawabnya. Ish…mana boleh. Mesti kena jadi patriotik jugak! Okelah…cadangan untuk diri sendiri sempena Merdeka nie…duduk kat rumah, layan citer tv sambil tunggu jam mencecah pukul 12.00 tengah malam. Pas tu pegi tido. Esok paginya…bangun awal…tengok kat TV orang berarak kat Dataran Merdeka sampai habis…pas tu sambung tengok citer kat TV lagi. Huh…patriotiknya aku.
 

0 comments so far.

Something to say?