Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Kenapa nak ada Blog sendiri?

Category: By ladyLC
Hi, nama aku kat dalam MyKad>> n*r** h***f**i, dulu time kecik-kecik orang gelar nanie, masa jadi budak U dulu orang panggil n*r** (masa kerja jugak), cuma kengkawan yang kamceng jer guna trademark h***f**i tue. Kalau berkaitan dengan dunia IT, ID aku LadyLC. Umur lak dah masuk 26 tahun(uit…masih muda lagi tu!), habis belajar tahun 2005, kerjaya sekarang ialah pencacai kanan (part-time kat opis ialah kerja duduk-duduk baca paper). Kerja part-time yang lain masih dalam perancangan dan mungkin akan mengambil masa sedikit untuk dimajukan. Nak cari modal dulu. Penerangan kat bawah ini adalah keterangan soal-jawab mengenai blog ini.

Kenapa nak buat blog?
Sebab dah terlampau bohsan melelampau, tahap dewa nie. Tambahan pulak letrik, komputer, internet dibayar oleh pihak yang berkenaan. Jadi gunakanlah dengan berhemah. Kiranya, ini salah satu perancangan belanjawan berhemah jugaklah.

Perlukah nak sampai buat blog?
Eii….jangan tak tahu, dalam dunia moden hari ini, blog ni macam satu benda yang jadi kemestian lah. Ibaratnya jika anda remaja-belia, dan kalau tak join Social Network cam Friendster®, MySpace®, Facebook®, Tagged® dan bermacam-macam jenis lagik cam tak mengikut trend semasa lah.
Means => No Life!

Apa konsep blog ni?
Konsert??!(bukan eh….sori tertuli pla sedikit)…konsepnya…mengikut kesesuaian dan peredaran masa. Mungkin jugak ada menerapkan sedikit mengenai ‘personal life’ atau aktiviti kutuk mengutuk, tampar menampar dan tikam menikam lidah.

Motif blog ini?
Tak der motif. Tapi Motivasi ada. (Serius nie!) Ump…there’s no special issue/s or reservation/s why I’m doing all this (speaking sket). Aku cuma nak cari satu ruang untuk melepaskan apa yang terbuku dihati dan tersirat di minda. Ini semua Heart Feeling dan Mind Matters punya pasal.

Harapan?
Pengharapan adalah untuk terus mengekalkan blog ini dan mempertingkatkan skil diri sendiri dari masa ke semasa. Part yang paling susah ialah nak maintain blog ni, sebab ianya memerlukan komitmen jangka pen-jang(pendek dan panjang). Dan komitmen itu payah nak dilaksanakan. Peningkatan itu, yah…Insyallah dengan izin-Nya boleh.

Motto?
“dari Kenaikan sampai Keturunan tiada Kedudukan”
KahkahWahaha!!!
 

0 comments so far.

Something to say?