Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

OpisMate® aku yang kaki Buli

Category: By ladyLC
Pembuli!!!

Itu perkataan yang selalu aku sebut kat Opismate® aku yang seorang ini. 1st time jumpa memang tak nampak macam pembuli tapi bila dah masuk kerja sebulan, sangat lah terserlah karisma kaki buli dalam perwatakan harian beliau. Teringat masa dia hantar resume...kebetulan aku yang tukang buka pintu opis so, aku lah orang yang bertanggungjawab mengambik resume beliau. Nampak cam poyo jek...(psstt....seb baik dia tak taw!). Pas tu dalam beberapa bulan (2 bulan kot), sehari sebelum interview...aku dok bizzi membuat panggilan kat henpon dia suruh datang pegi interview haram tak menjawab panggilan aku. So, aku pun fed up. Lantak ngko lah...kalau tak dapat pegi interview lagi baik, dengan rasa sukacitanya aku akan tersenyum puas.

Tapi rugi tol lah budak H**a nie, dapat jugak dia membalas panggilan aku. Waktu tu dah jam 9 lebih pagi interview tu. Orang lain suma dah datang interview. Aku bagi hint (secara berhemahlah) tak pe lah kalau tak dapat datang. It's oke. Tapi dia nak jugak datang. Ok lah... Aku tak pakse. Aku tak boleh nak buat apa lah kan?....Bukan apa…aku kesian kerana aku tahu dia bakal menjadi mangsa sebab bakal bos dia nie cam haram!!! (Kalau boleh aku senaraikan semua perkataan yang mencarut kat dalam dunia nie….maka, itu lah kesimpulan kepada perwatakan bakal bos dia tu!)

Mungkin ada rezeki dan selebihnya jodoh opis nie dengan dia. Diterimalah dia bekerja di sini. Tarikh masuk kerja 5 Mei 2008....dan bermulalah episod suka, duka, pembulian, pencarutan, dan pengumpatan beliau. Maka korum perbincangan cawangan aku ni bertambah2 lengkap dan menarik lah. Tiap ari ada jer aktiviti yang boleh dilakukan. Contohnya: belajar perkataan mencarut alaf baru dan belajar menjadi Michelle (melodi). Mulut memang kepoh seh. Tak hengat dan tak da insurans tol. Huahua....

Dan mungkin jugak rezeki dan selebihnya jodoh dia dengan UP* lebih melimpah ruah, dia dapat job kat sana. So, hari ini 21hb Ogos 2008, bersamaan 20hb Syaaban 1429 merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di sini. OOppss...tapi bukan hari terakhir dia menjadi teman sepengumpatan aku. Rasanya dia akan terus kekal menjadi teman mengupat itu. Huahuaaa.....

Walau pun sedih (sedih ker?)...sebab segala kerja-kerja dia akan menjadi tanggungan aku....tapi aku gembira atas perlantikan beliau itu. At least, boleh melepaskan diri dari 2 orang bos yang sengal cam nak mampus. Mampus pun tak sengal dan bod*h cam tu sekali!!! Neway....cik Siti Nur&$H*Da, selamat berjaya kat tempat baru... dan jangan lupa arrr...cam biasa....kita stil bole mengumpat sama ada berbayar (SMS, Phone - guna line prepaid sendiri) dan tidak berbayar (telefon - guna line opis @ main YM yang jugak opis memasing yang akan bayar bil nya).
Tapi aku nak bagitaw kat sini...walaupun dia nie, merupakan Queen of Pembuli, dia merupakan kaki buli yang paling best aku pernah kenal. Paling cool dan paling celupar gak...dan paling garang (takutnyeee.....haha)
Bye...bye...GooD LuCk!!!
Ikhlas...dari aku
Chief paling Kecoh®
 

0 comments so far.

Something to say?