Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

10 Terpopular: ASIA

Category: , , By ladyLC
Sebelum meneruskan pembebelan mengenai entri ini, nak bagitau yang puasa qada’ ramadhan tahun lepas telah selamat aku ganti sepenuhnya tanpa gagal (yahuhuuu….ehem…Alhamdulillah…syukur kehadrat Illahi, sempat jugak aku selesaikan).Cuma seperti biasalah…bulan Syaaban baru bertungkus-lumus nak membayar. Huhu! (Azam aku tahun nie, nak qada’ awal sedikit. Insyallah!). Awal September 2008 ni, kita akan berpuasa ramadhan lagi. Persiapan ramadhan langsung tak ada….bahan-bahan pun tak beli lagi. At least…tepung, gula, cordial (teringat kat…iklan SilkyGirlTM Amani + Mawi), makanan dalam tin, telur, meehoon, antara bahan keperluan yang mesti ada.

Oke lah, sempena nak masuk bulan ramadhan yang beberapa hari saja lagi (hari ini bersamaan 24 syaaban 1429H), Aku nak senaraikan 10 makanan paling glamer dekat Asia yang boleh difikir-fikirkan sebagai juadah untuk berbuka bulan puasa nanti, dan boleh jugak dipanaskan semula sebagai pembuka selera masa bersahur.

10. Fish Ball @ Bebola Ikan/Daging/Ketam (Kalau anda memerlukan makanan yang mengenyangkan yet simple, inilah pilihan yang tepat sekali)

9. Laksa (Ada bermacam-macam jenis Laksa. Dekat Malaysia sahaja ada berpuluh jenis, mengikut penyesuaian negeri masing-masing. Laksa Kari, Laksa Katong, Laksa Sarawak, Laksa Johor..dsb)

8. Hainanese Chicken Rice @ Nasi Ayam Hainan (Hainan ada Nasi Ayam ker? Neway…Nasi ayam memang sedap. Cili giling + Halia giling tu yang best)

7. Spring Rolls (Ada banyak versi. Ikut selera tukang masak dan tekak orang yang makan, yang paling simple…guna kulit popiah, beansprout, daun kucai, garam, perasa, cili sikit, ayam dipotong dadu kecil, minyak)

6. Dim Sum (Memang sedap. Pelbagai bentuk dan Perasa. Nyum, nyum)

5. Fried Rice @ Nasi Goreng (nie lagi satu yang direncahkan dengan macam-macam nama dan jenis. Boleh didapati almost everywhere/everypath in Malaysia)

4. Tom Yam (Bagi peminat makanan pedas. Ini merupakan antara makanan paling pedas yang tercipta diAsia. Sedap, em…memang sedap. Kalau nak cuba yang paling ‘kick’ cuba yang betul-betul ‘Made in Thailand’ punya. Sure….berasap telinga. Bagi aku…yang biasa-biasa cukup sudah!)

3. Chicken Curry @ Kari (Kari….lagi. Mana-mana tempat pun boleh dapat kari punya perisa….ayam, ikan, daging, sayur…semuanya masak dengan kari. Lagi satu, Nasi Kandar – itu kari jugak makan…uwaaaa)

2. Sushi (yang nie agak suam-panas kat Malaysia, tapi banyak peminatnya diseluruh Asia….kalau nak yang best, pegi lah restoran makanan jepun, mesti ada jual sushi)

And the most popular food in Asia….goes to….

1. Satay @ Sate (Ini memang mengejutkan….tapi tidak dinafikan sate sangatlah sedap…tambahan lagi bila cecah kuah kacang…perghhh….kaw-kaw punya sedap) Tapi yang nie payah sket kalau nak buat sendiri kat rumah untuk berbuka…satu cara yang paling senang…beli ajelah yang dah siap…pegi beli kat Hj Samuri Satay Kajang.
fakta ditemukan dari www.nomad4ever.com

(Tapi sebenarnya, Telur Goreng pun sedap….Ikan Masin, Telur Masin, Sambal Belacan….bla...bla...emmmm…..)
 

0 comments so far.

Something to say?