Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Oh Tidakkk.............!

Category: , By ladyLC
Ada berita yang mengusarkan aku terima pagi tadi. Selalunya aku memang akan gusar bila perihal kerja aku dibangkitkan oleh pihak pengurusan. Tapi kali ini lain macam sahaja bunyinya. Kedengaran jelas dan meluas bicaranya. Macam menyuruh aku pergi dengan cara terhormat.

Sebetulnya…(Aku nak cakap begini depan muka kau…)

Aku tidak ingin berada disini lagi, jika bukan kerna keperluan. Aku tidak mahu berada disini lagi, jika bukan kerna perlu meneruskan kehidupan. Aku sebenarnya ingin segera berlari tanpa mahu menoleh kebelakang lagi, tidak mahu tahu sama ada kau mampu berdiri ataupun tidak. Aku sesungguhnya tidak mahu walau meninggalkan seberkas jejak aku di sini. Aku mahu terpantas mengejar pelangi dan menyergah awan. Membelai angin…

Ucapan kepada En. BOS®,

“Wei sengal, kau ni kan, buat aku rasa menyampah…cam sampah yang DBKL angkut tu! Ngek!!! (sebenarnya line nie je, yang aku nak cakap kat depan muka dia!!! HUHU!)
 

0 comments so far.

Something to say?