Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Ohh...bodohnya...

Category: By ladyLC
Maaf, senangnya kau ucap?! Macamlah aku nie anak patung yang tak punya perasaan. Macamlah aku nie tunggul kayu yang tidak ada hati dan rasa. Itu lah kau, selalu sahaja melafazkan maaf, membuat aku lali, hingga aku tuli, sampai tahap aku tak sanggup untuk mengiyakan lagi. Kau terlalu asyik dalam dunia penuh warna hitam putih mu. Kau sedar kau silap, tapi kau tidak pernah mengaku salah. Apa yang kau buat ialah memutar-belitkan fakta dan cerita supaya aku menjadi sebak dan dengan perlahan mulai memaafkan mu untuk kali yang ke berapa ntah! Aku tahu, kesilapan terbesar aku adalah mempecayai mu, terpengaruh dengan kata-kata mu yang menjanjikan kekesalan. Bodoh rupanya aku ini. Sanggup membiarkan diri aku di perkambing-kambing oleh kau! Nasib baik aku sudah sedar. Pergi lah kau, bersama cerita-cerita yang tidak begitu mengasyikkan itu. Aku sudah serik. Dan jangan lupa…aku bukan lagi ***** yang kau kenal dulu. Aku sudah berubah.
 

1 comment so far.

  1. Tanpa Nama 30 Oktober 2008 pada 5:50 PTG
    kadang-kala kita perlukan tekanan untuk berubah...tp kalau aku, perlu selalu terima tekanan, supaya aku beringat. tp kalau hal2 hati & prasaan, soal bembek-mengembek ni...sendiri perlu ingat...

    bila lg mo pg tawau?

Something to say?