Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Pejuang Berani Mati ke?

Category: By ladyLC
General Sun Tzu dalam buku strategi peperangan beliau: 'ART OF WAR' pernah menulis "Keep your friends close and your enemies closer". Dulu masa pertama kali jumpa quote ni aku rasa semacam jer. Ye lah sebab, ada dua perkara besar yang dilibatkan iaitu kawan dan lawan. Kenapa nak berkawan dengan lawan? Kenapa nak jadikan lawan kita lebih rapat dari kawan kita sendiri? Aku betul-betul tak faham. Sungguh. Waktu tu, zaman tak akil baligh lagi (ilmu pun tak berapa nak banyak). Sekarang bila dah besar panjang, ilmu pun lebih sikit dari dulu, baru aku faham...

Rupanya...Semakin lama aku mengharungi hidup dimuka bumi Allah ini, semakin aku kenal dan faham banyak perkara. Ye lah, 'Zaman dah berubah, dunia dah maju', dan dengan perubahan zaman yang pantas dan kemajuan yang tak sabar-sabar nak mencelah diruang kehidupan aku, dan dalam kepantasan manusia berlumba-lumba untuk mencari kesenangan dan kesempurnaan hidup ini baru aku tersedar, rupanya hidup ini sebenarnya adalah satu peperangan yang panjang. Lebih dashyat dari mana-mana perang yang pernah tercatit dan akan tercatat dalam lipatan sejarah dunia.

Kerana hidup aku adalah peperangan, dan dalam perang itu Aku adalah seorang pejuang. Aku adalah seorang Jeneral. Aku adalah seorang pengatur strategi. Aku adalah seorang perisik. Aku adalah perunding. Semuanya adalah AKU. Semuanya ada dalam diri AKU. Dalam perang ini, hanya ada satu matlamat. Iaitu KEMENANGAN. Tidak ada lain. Sama ada aku menang tanpa melibatkan pertumpahan darah, atau melibatkannya sekalipun. Aku harus menang. Demi mencapai peluang kemenangan yang total, kata-kata Sun Tzu tu, sangat berkesan untuk diamalkan. Tapi jangan sampai memakan diri,.. sudah!

Kadang-kadang (selalu terjadi), kawan kita adalah lawan terhebat kita. Kerana kawan adalah orang yang paling banyak tahu tentang kelemahan dan kelebihan kita. Dalam politik, bisnes, sekolah, percintaan. Ah...senarainya cukup panjang. Kalau nak disenarai pendek sekalipun rasanya akan memanjang lebarkan entri ini sahaja. Jadi berhati-hati lah. Jangan sampai ada tikaman-tikaman dari belakang, dan jangan biarkan parasit yang bakal menghisap darah dan memakan daging kita hidup-hidup menumpang kat kita.

~Huh...entri ini sudah terlalu jauh melelalut...aku dah habis bercerita, tapi belum kehabisan ide lagi. Sambung lain kali...Penat sudah nie!~
 

0 comments so far.

Something to say?