Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Puasa-Balik Kampung-Raya-Kerja

Category: , By ladyLC
Ari tu sempat tulis sampai hari ke 21 Ramadhan jer. 22, 23, dan seterusnya 30 Ramadhan takde cerita langsung. Itu sebab hari ke 22, 23 dan 24 itu aku bizzi menjalankan tugas yang diamanahkan. 25 tu aku sebok tahap cipan mati, sebab aku nak fly balik kampung. Dan selama dari hari ke 25 Ramadhan (malam) sehinggalah hari ke 12 Syawal aku bercuti sakan merayakan Aidilfitri kat rumah. Nak update blog memang takda kesempatan sebab kat rumah takde line internet (ASTRO jer yang ada), line talipon pun syukur-syukur jer kalau ada satu bar. Di sesetengah ceruk kat rumah aku tu memang takder bar langsung. Nak bergayut pon wajib cari satu port 'baik punya' dan diharamkan dari membuat aksi-aksi manja dan separuh manja seperti bergaru-garu kepala, atau mengoyang-goyangkan punggung. Kalau tak, suara pra-merdu aku akan bertukar menjadi suara robot yang kehabisan bateri.

Walaubagaimanapun, dalam kedaifan line henpon dikawasan sekitar rumah aku...raya aku still meriah. Masih happening dengan kepelbagaian kueh-kueh tunjuk-angkat-bayar, kad-kad raya yang bermusim sudah, lampu kelip-kelip warna warni dan pelbagai bentuk, warna-warna baju raya tahun lepas, makanan tradisional seperti burasak, ayam lengkuas, lontong, kuah kacang dan soto banjar and last but not least ialah senarai rancangan-rancangan menarik program TV sempena hari raya. Haha!

Tapi dalam kemeriahan, dan happeningnya raya kepala aku masih lagi sesak memikirkan perihal kerja yang tak pernah berkesudahan dan menyusahkan. Dahlah gaji bulan lepas tak dikreditkan dalam akaun aku lagi. Pada masa yang sama, loan kereta aku dah menjejerit minta bayaran....sewa rumah lagi. Adus! (Perhatian: ini bukan kes terlebih belanja untuk hari raya, tapi sememangnya gaji bulan lepas tak masuk lagi). Wahai gajiku yang tak seberapa banyak itu, bilakah agaknya anda akan berada dalam akaun aku?! UWWaaaaaa.....
 

0 comments so far.

Something to say?