Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Aktiviti Separuh Ramadhan 1429H...

Category: By ladyLC
Yaa...aku memang tahu ada tiga (3) hari yang hilang dalam catatan aktiviti aku...iaitu 11, 12 dan 13hb Ramadhan, tapi tak perlu lah kecoh sangat. Ketiga2 hari itu tidak banyak bezanya dengan hari2 sebelumnya. Biasa saja.

Ramadhan 1429H, Hari ke-14


Sedar tak sedar dah 14 hari bulan Ramadhan tahun ni berlalu. Pagi 15hb Ramadhan tu, ada satu sms masuk kat inbox aku berbunyik:

"ai sibli, sy dh slamat b'salin pg ahd br ni..bby boy.."

Jadi untuk kawan ku @ xhausmate ku @ xrummate ku..."aku ucapkan Tahniah atas kelahiran putera mu itu>> Muhammad Adib Wafiuddin. Semoga dia menjadi anak yang soleh. Amin."


Ramadhan 1429H, Hari ke-15

Hari Isnin, bersempena dengan penghantaran kereta myvi ku ke workshop area sri Muda, aku naik lah pengangkutan awam untuk ke opis. Pergghhh...lambat masuk setengah jam...uwaaaa....punch card ink dah tukar kaler merah la pulak. Adoi!

Ramadhan 1429H, Hari ke-16

Juga, aku lewat sampai opis. petang aku kuar awal 1 jam. nak g ambek keta, tapi komuter lambat cam haram. so, aku sampai kat ruma bersama kereta ku yang baru diketuk dan dicat itu jam 7.15 petang (tinggal nak settlekan masalah sensor jer lagi). Dah nak masuk waktu sungkai pon. Cesss...

Ramadhan 1429H, Hari ke-17


Aku malas nak buat kerja. Kebetulan Pengarah (Bos aku yang sengal nak mampus tu. Ada ke bulan puasa cam nie suruh orang pindah randah. Bodoh tul!) suh cepat2 pack barang g pindah opis kat level paling atas (level 3), so aku habiskan masa dengan mengangkut barang ntah apa2 g tingkat atas. Gila penat...penat pun tak gila cam tu sekali.

Ramadhan 1429H, Hari ke-18

Khamis, datang awal cam biasa g opis...tapi aku tak punch, sebab suppose aku ke putrajaya ada urusan (saya yang menurut perintah!), aku buat kerja penting skit, pas tu blah g putrajaya. dalam 2 jam jer aku kat sana pas tu balik g opis semula. lalu kat LDP puchong, tak jem...kat federal highway, petaling jaya sampai kat jln bangsar...jammed! Pas tu g buka kat Restoran Nelayan...belasah makan stimbot...hehe...

Ramadhan 1429H, Hari ke-19

Pagi aku gerak terus ke putrajaya, selesaikan urusan (iaitu berborak2). Jam 12 aku gerak balik g opis. Sampai aku terus godek2 komputer versi tahun 1990'an. Susun semua folder yang berselerak kat my document. Petang g buka dengan member kat mana ntah, lagi pun kenapa nak sibuk-sibuk, bukan aku yang bayar. Hehe!


Ramadhan 1429H, Hari ke-20

Dalam perancangan nak ke Masjid Jamek, TAR & SOGO, Petaling Street maybe. Tapi sebelum tu, dah janji nak hantar kereta ke workshop balik. Ada yang tak settle (baru perasan kat bonet belah dalam ada yang tak cantik make up nya).

Ramadhan 1429H, Hari ke-21

Rancang nak ke seksyen 13 (pasar pagi) pas tu gerak ke glenmarie nak wat servis kete. Abang ku nak drive balik segamat guna keta aku. Aku pla nak balik raya 25hb, flight pukul 1800hrs.
 

0 comments so far.

Something to say?