Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Entri yang Tetiba...

Category: By ladyLC
Aku memang sudah tidak ada perasaan bila tiba waktu kerja (8.00 pg – 5.30 ptg). Kalau boleh aku tidak mahu datang langsung berkerja. Aku rela duduk dirumah menghabiskan masa melepak sahaja. Tapi semua itu tidak mungkin, kerna aku memerlukan wang. Aku perlu membayar sewa rumah, bil air & api, kereta, minyak petrol, tol, ptptn, insurans, bagi duit kat mak, bagi duit kat adik…semuanya kerana wang. Kalau tidak, sudah tentu aku melepaskan kerja yang aku tidak minat ini. Ini semua gara-gara wang. Kenapa kita harus mengadai perasaan hati kerana wang? Jawapnya satu sahaja: Kerana terpaksa, kita memerlukan wang untuk hidup…

“Wang tidak mungkin dapat membeli segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan Wang.”

“Kalau misalan aku terlupa…tentang kemanisan hidup dan hampir menyeleweng…

Aku kena selalu mengingatkan diri aku sendiri supaya sentiasa berhati bersih. Aku harus cakap kat diri aku sendiri agar selalu bersyukur dengan apa yang aku miliki hari ini. Aku mesti meyakinkan diri sendiri bahawa setiap susah yang aku tempuhi hari ini pasti ada hikmahnya.

Tapi, Ya Tuhan…bila semuanya akan menjadi tenang? Beri aku petunjuk Mu. Beri aku secebis kekuatan agar aku bisa teguh dan utuh menanggung kehidupan.
Amin...
 

0 comments so far.

Something to say?