Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Pengakuan: Terima Kasih Bos

Category: By ladyLC
Ramadhan 1429H, hari yang ke-3

Tadi Bos (or should I say Ex-Boss) datang untuk buat serahan tugas dan sekali gus mengangkut barang peribadi beliau. Dengar khabar (memang sah!) beliau ditransfer keluar dari cawangan opis kat KL. Hemm...agak sedih jugak sebenarnya, walaupun ada ketikanya beliau bisa membuatkan darah aku mendidih 115 darjah celcius.

Imagine:>>
Tengah korang syiok2 bercuti kat Dubai, korang terima message from your boss, ask you to come back a.s.a.p to the office and ask to report duty to another department. Not because you being promoted (you still got the same title, salary, allowances), but being transferred-out to department that you can called 'cold storage'. 'How do you feel, then?' OMG! I can't imagine if that is my situation. Kalau korang in his shoes what are you suppose to do? Marah? Going for Amok? Gila? Meroyan?

Secara peribadinya saya (sopan sket untuk entri ini sahaja) menyifatkan beliau seorang yang brilliant dan bijak (Handsome? Umph...Bolehlah untuk sesapa yang berkenan. Me? No, thanks!). Cara beliau menyiap/menyelesaikan kerja memang efisyen sekali. Dari segi communication (slow talk dan kaki kipas) pun tersangatlah tip top. Tapi kita kan manusia, ada kelebihan punya kekurangan. Kita tidak sempurna. Ada saja sifat kita yang cela. Mungkin beliau tidak perasan akan sifat beliau yang cela itu. Takpe...saya doakan agar suatu hari nanti beliau akan perasan dan maklum sendiri.

Walau pun beliau memang seorang yang sangat bossy dan annoying, tapi bagi saya, sebagai ex-worker saya sangatlah berterima kasih atas segala kata nasihat, jeritan, jelingan, perbalahan dan gelak yang beliau pernah berikan.

Maka, bersempena dengan bulan Ramadhan ini, saya mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan beliau sekeluarga. Tidak ada terniat di hati saya untuk menyimpan rasa sakit hati. Saya mengaku saya pernah terasa dengan kata-kata dan cara beliau, tapi saat ini (jam 12.45 pm) saya telah melepaskan segalanya-galanya. Saya telah memaafkan beliau begitu juga saya harap beliau memaafkan saya atas kedegilan dan gosip2 mengenai beliau yang pernah saya laungkan kat orang lain. Mudah-mudahan diberi petunjuk. Amin.

Terima Kasih Bos!
 

0 comments so far.

Something to say?