Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Sah! Aku memang dah BuhSan Melelampau

Category: By ladyLC
Kalau lah kan...

Aku berjaya menghasilkan barang dagangan (yang halal) dalam kapasiti maksimum 100 unit sehari. Setelah aku bertungkus lumus membuatnya (dengan kudrat diri) dari bahan2 mentah yang berkenaan, aku mendapati jumlah kos yang diperlukan untuk menyiapkan barang dagangan itu adalah sebanyak RM 1.00 seunit. Aku berpendapat jika aku menjual di pasaran dengan peningkatan sebanyak 30% dari harga kos aku akan mendapat untung yang baik dan mengekalkan konsep kesederhanaan. Demi menyediakan perkhidmatan ini kepada orang ramai aku mencadangkan kepada diri aku untuk menjual sekurang-kurangnya 30 hari dalam sebulan, kecuali bulan Februari dan Hari Raya Puasa. Sekiranya aku memulakan aktiviti perniagaan aku semenjak bulan April 2008 dan berlarutan sampai ke bulan Ogos 2008.

Aku nak kira;
1)Untung yang akan diperolehi oleh aku pada bulan September 2008, jika unit jualan barang dagangan aku adalah maksimum setiap hari dan aku menjual pada setiap hari pada bulan tersebut.
2)Berapa banyak hari perlu aku menjual untuk aku mendapat untung minimum sebanyak RM 100,000.00?
3) Ada berapa banyak duit akan disimpan oleh aku pada bulan Ogos 2008, jika aku memperuntukan 5% dari untung setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam tabung helo kitti, 20% ke Bank MaeBank dan 10% ke ASB.


Soalan 1;

September – 30 hari
Maksimum – 100 unit
Untung = 30% x RM 1.00 = RM 0.30
= 30 hari X 100 unit X RM 0.30/unit = RM 900.00


Soalan 2;

Target > RM 100,000.00
Untung setiap hari = RM 0.30/unit X 100 unit/hari = RM 30.00/hari
Bil. Hari berjual = RM 100, 000.00/RM 30.00 = 3,333.3 hari = 3,334 hari
Iaitu lebih kurang bersamaan 9 tahun lebih.


Soalan 3;

Bulan Ogos 2008 = 31 hari
Untung = RM 30.00 x 31 hari
= RM 930.00

So jumlah tabungan untuk bulan Ogos ialah sebanyak

Tabung Helo Kitti @ RM 930.00 X 5% = RM 46.50
Bank MaeBank @ RM 930.00 X 20% = RM 186.00
ASB @ RM 930.00 X 10% = RM 93.00
= RM 46.50 + RM 186.00 + RM 93.00
= RM 325.50

Nanti sekejap…betul ke aku kira nie??? Aku pun dah biol agaknya…uwaaaa….
 

0 comments so far.

Something to say?