Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

TahaP GaBaN

Category: By ladyLC
Ramadhan 1429H, hari ke 6
Bersiap awal untuk ke acara “Mari Mencari Baju Padini” dan setelah selesai menyesakkan diri kat Padini Warehouse, aku & member pegi TESCO Extra beli barang dapur. Jam 4 ptg baru sampai rumah. Then, masak untuk berbuka.
Ramadhan 1429H, hari ke 7
Akibat keletihan yang melampau semalam, lepas sahur jer aku terus sambung tido sampai jam 10 pagi. Bangun, terus sambung kerja-kerja mengemas yang tertangguh. Huhu! Petangnya jam 6.30 baru sibuk nak beli beehoon (lupa nak beli kat TESCO). Lepas berbuka, aku basuh baju sikit. Tapi tak jemur.
Ramadhan 1429H, hari ke 8
Hari Isnin, lepas sahur aku paksa diri pegi jemur kain yang dah hampir reput. Kat opis, kerja cam haram punya banyak. Plus ada meeting yang membosankan. Paling tak best sebab aku kena catit minit. Buhsan tol! Asyik2 minit. Balik aku lalu NPE (cepat sikit sampai), tapi pengorbanan yang terpaksa aku lakukan ialah menghulur duit tol sebanyak RM 3.20 lebih dari selalu. Uwwaaaa….Sampai rumah, masak…buka…around jam 9 mlm aku tertido….zzzz (penat tol!)
Ramadhan 1429H, hari ke 9
Duduk kat opis, tak tau apa nak buat (lebih tepat tak tahu mana kerja yang perlu di buat terlebih dahulu). Banyak sangat. Sudahnya aku pun jadi sangat malas….teramat malas nak menyelesaikan kerja…Huaaaarrrghhh….
 

0 comments so far.

Something to say?