Bikin Kecoh Saja®
suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu

Satu Waktu Dulu: Kerana Terpengaruh

Alalaa…(entri ini di tulis kerana terpengaruh dengan pembacaan ‘Hari ini, hari aku depressed.’ oleh Sue Anna Joe)

Nak taw…dulu aku ingat aku hebat, sangat pandai dan chumel. Sebab dulu zaman sekolah aku masuk kelas rating A sahaja. Tak pernah downgrade walau satu kali pown. Pas PMR aku join kelas Sains (terror konon, tapi SPM result cam hampeh). Masa tu, baru terasa perit, tapi menyesal pun dah tak guna. So, berbekalkan keputusan yang tak bagus itu aku mohon ikut course Pre-Science UiTM (aku sedar result aku teruk sangat) then, syukur Allah bagi peluang masuk UiTM (masa tu ikut course Pre-Science, lama jugak dalam setahun – Part 1: Masih tak insaf lagi – jadi result cuma 2.19 (eeii…teruknya), then Part 2 – Sedikit insaf (sebab kena kick dari Hostel kot), dapat result 3.29. Terus futher Diploma (waktu ni still masih boleh tahan nakal, tapi masih tetap maintain stadi), result maintain 3 pointer. Budak course aku memang selalu jer mention aku ni budak ‘three pointer’. Kadang-kadang tu kembang-kemuncup jugak lubang idung aku bila di hadiahkan gelaran cam begitu. Dekat nak abis zaman Diploma aku pernah jugak jadi calon akhir untuk terima gelaran graduan terbaik. Tapi apakan daya…CGPA aku cuma mencecah 3.49 jer. (Perghh…budak yang dapat title tu, pointer dier 3.89 – jauh tu beza dengan aku) Tapi aku tetap bersyukur, at least dari keturunan aku berjaya dapat kenaikan dan ada kedudukan.

Tak berapa lama aku cuti (cuti semester sesi Jun – Nov 2003), dalam bulan Disember 2003 aku futher Ijazah – Alhamdulillah pointer pun masih three pointer. Sampai lah ke akhir tahun 2005 CGPA pun boleh lah – 3.48 (yang mana aku cukup kecewa tak termasuk dalam kategori First Class holder). Tapi OK lah kot. Ironinya zaman kerja tak lah segempak mana (aku taw sangat banyak persaingan sebab dah ramai budak ada degree dengan result yang bagus2), kerja pown selalu sahaja terkontang-kanting. Kerja kalau tak kontrak, sambilan. Tetap – tak pernah lagi. (Erm, sebenarnya pernah juga ditawarkan kerja tetap kat Johor, tapi aku merasakan kerja itu terlalu jauh dari kehendak dan kemampuan aku). So, pada hari ini…begini lah aku. Kerja taraf sambilan, tapi sangat2 bersyukur sebab, walaubagaimana pun aku masih punya kerja, dapat gaji tiap-tiap bulan, boleh bayar loan PTPTN dan bayar hutang kereta.

Dulu zaman sekolah/belajar aku cukup seronok menghabiskan masa dengan membaca buku, majalah (termasuk komik bersiri (jepun) + novel2). Teringat lagi ada satu malam tu aku habiskan membaca novel ‘Ombak Rindu’ karya Fauziah Asha’ari direct dari pukul 11 malam sampai jam 5 pagi. (Ombak Rindu ni sangatlah laris jualannya masa tu!) Kalau difikir-fikirkan semula, itulah rekod pembacaan aku yang paling lama untuk sesebuah buku. Selalunya kalau buku management/science, cukup lah kalau diberi masa 20 minit, kompem tak sampai 15 minit aku dah surrender. Sekarang kalau teringat time tu, aku mesti rasa sedih. Kerja sekarang ini, tidak membolehkan aku melepak dekat kedai2 buku, jauh sekali membenarkan aku untuk menghabiskan satu naskah buku pun. Cerita ‘Anna and The Green Gable’ dan ‘Heidi’ kat rumah tu, dah hampir setahun ku beli, ianya sekadar jadi peneman kat atas kepala katil sahaja. Sebab aku rasa kerja aku sekarang tidak lah seseronok mana. Dan aku sebenarnya tidak begitu gembira dengan keadaan dan suasana persekitaran kerjanya (orang2nya dan tempatnya). Jadi, tiap2 malam aku habiskan dengan menonton TV atau lebih tepat lagi – tidur seawal jam 9 malam. Sebab aku tak larat nak memikirkan masalah yang dibebankan atas bahu aku oleh si bijak pandai (bos aku) demi mengelak diri dari bertanggungjawab dan menjaga reputasi beliau. Aku benci, bila diperlakukan begitu. Tapi aku hanyalah pekerja sambilan dengan taraf kuli b.a.t.a.k sahaja, dan apa lah daya aku untuk melawan dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini. Silap cakap, salah tingkah kerja aku melayang. Siapa nak tanggung aku bayar hutang? Adusss…..Ya Tuhan, tolong lah hamba Mu ini.
 

0 comments so far.

Something to say?